Berita Harian

WAJAH UNIK

Dilahirkan disleksia, tidak halang Sharifah Haneesya bina nama bergelar model

-

Pernah dikritik kerana berkulit gelap, anak gadis berdarah kacukan Melayu dan Arab, Sharifah Haneesya Syed Sahlan menjadikan pengalaman itu sebagai cabaran untuknya menyerlah dalam bidang peragaan.

Berusia baru 17 tahun dan mempunyai masalah disleksia sejak kecil, namun ia tidak menghalang beliau berjaya membina nama dalam bidang peragaan. Malah, beliau kini banyak menjadi wajah depan untuk media cetak dan persembaha­n fesyen.

Anak kelahiran Pulau Pinang yang dikenali sebagai Hanee, bergiat aktif meneruskan kerjaya sampingan diceburi sejak dua tahun lalu dan bercitacit­a melakar nama ke peringkat antarabang­sa.

Antara pencapaian terbesar model dengan ketinggian 170 sentimeter (sm) ini sungguhpun baru setahun jagung pembabitan­nya dalam dunia peragaan, Sharifah Haneesya menarik perhatian jurugambar profesiona­l, jurusolek profesiona­l, pengarah dan memenangi banyak pertanding­an ratu cantik.

Wajah unik

Dilahirkan dengan wajah unik, Sharifah Haneesya akui kelebihan itu menjadi bonus untuk dirinya tampil berbeza dalam pasaran industri kreatif tempatan.

Mengimbas kembali permulaan detik perjalanan kerjayanya dalam bidang peragaan, katanya semuanya berlaku secara kebetulan dua tahun lalu.

“Perjalanan kerjaya ini bermula ketika menghadiri uji bakat bagi pereka fesyen tempatan, Hafiz Carlston dan Mier Azril untuk pencarian model Stailista Top Model.

“Saya diberikan kesempatan untuk melakukan peragaan fesyen buat kali pertama dan sejak itu bakat dan minat terhadap bidang peragaan mula berkembang,” katanya ketika sesi fotografi di Studio

di sini, baru-baru ini.

Cabaran berbeza

Sharifah Haneesya mengakui, perjalanan­nya sebagai anak disleksia tidak pernah mudah bahkan terpaksa berdepan pelbagai cabaran dan ejekan sebelum beliau kini mula dikenali.

Katanya, penampilan­nya yang berbeza juga menjadikan keadaan lebih keruh apabila sering dibuli oleh rakan sebaya tambahan dia mempunyai masalah pembelajar­an.

“Pernah, saya diejek dan ditolak sehingga jatuh hanya kerana penampilan saya yang berbeza dengan warna kulit gelap jika dibandingk­an dengan rakan sebaya.

“Saya juga pernah dimarah di hadapan rakan sekelas kerana gagal menghafal sifir sedangkan guru sekolah Penghargaa­n

→ Solekan: Aina

Mior Sidek → Persalinan: Butik Az Brother dari Muhammad Azhar, Aksara and Carol, Hafiz Carlston.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BH, Kejayaan Sharifah Haneesya dalam bidang peragaan bermula dua tahun lalu secara tidak sengaja.
BH, Kejayaan Sharifah Haneesya dalam bidang peragaan bermula dua tahun lalu secara tidak sengaja.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia