Berita Harian

Rokok penyebab utama kematian rakyat Malaysia

-

Petaling Jaya: Sekurang-kurangnya 20,000 rakyat negara ini meninggal dunia akibat tabiat merokok dalam tempoh setahun, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramania­m.

Beliau berkata, tabiat itu juga dikenal pasti sebagai penyebab utama kematian dalam kalangan rakyat Malaysia sejak 30 tahun lalu.

“Kos perubatan bagi penyakit akibat merokok seperti sakit jantung dan barah paru-paru mencecah jumlah RM3.8 billion setahun.

Pada tahun 2016, sebanyak 22.8 peratus atau lima juta rakyat dewasa di negara ini adalah perokok yang berusia 15 tahun ke atas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pelancaran Program Pekerja Bebas Rokok di The Pinnacle Sunway, di sini. Program berkenaan adalah kerjasama antara Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KPM), Johnson and Johnson, Kumpulan Sunway, AIA Bhd dan Syarikat Penerbanga­n Airasia.

Turut Hadir, Pengarah Urusan Johnson and Johnson Malaysia, Chin Keat Chyuan; Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah dan Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd, Anusha Thavarajah.

Sasar 130,000 berhenti merokok

Subramania­m berkata, melalui pelancaran kempen berkenaan, pihaknya mensasarka­n 130,000 perokok berhenti merokok dalam tempoh setahun dan tiga tahun akan datang.

Sementara itu, Keat Chyuan berkata inisiatif program itu bertujuan memberi inspirasi dan menggalakk­an perokok terutamany­a golongan pekerja membuat perubahan kepada gaya hidup lebih sihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia