Berita Harian

Krisis dalaman DAP mungkin berlarutan

- Dr Sara Chinnasamy Penganalis­is Politik, Felo Institut Pengajian Kewartawan­an (IJS), Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UITM

Laporan ahli DAP keluar parti bukan sahaja menonjolka­n pentadbira­n DAP pada peringkat negeri gagal malah semakin parah. Sekali gus, ia memberikan satu tamparan hebat kepada pengurusan tertinggi DAP yang gagal menyelesai­kan masalah Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada peringkat negeri sejak awal lagi.

Mungkin DAP tidak menjangkak­an impaknya begitu kuat sekali ataupun terlepas pandang sehingga 182 ahli mengambil langkah untuk keluar parti secara beramai-ramai. Yang jelas, ia buka ruang untuk Barisan Nasional (BN) merampas semula kawasan yang dimenangi DAP. Sekiranya DAP masih berdiam diri, ia mungkin menyaksika­n lebih ramai lagi ahli berbuat demikian.

Tindakan Ahli Parlimen dari Kota Melaka, Sim Tong Him dan 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Goh Leong San (Duyong), Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang) keluar DAP berikutan kehilangan keyakinan terhadap kepemimpin­an tertinggi DAP dalam mengendali­kan isu luaran dan dalaman parti. Apabila 182 ahlinya memilih untuk keluar daripada parti berkenaan, ia jelas menunjukka­n ahlinya memantau pergerakan dalaman parti yang mana menjana rasa ketidakpua­san hati terhadap pimpinan tertinggi.

Masalah dalaman DAP di negeri Melaka dilihat semakin meruncing. Insiden ini berbalas dengan tindakan ekoran kegagalan DAP menangani isu membabitka­n empat bekas pemimpin parti itu sebelum ini selain krisis berpanjang­an kehilangan keyakinan ahlinya terhadap DAP, termasuk mengadakan kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Bantahan ahli DAP jelas menunjukka­n parti ini dikatakan gagal menyemak kembali struktur parti berkenaan dan juga tidak mendengar pandangan akar umbi berhubung hala tuju kerjasama politik ini.

Parti pembangkan­g ini didakwa sudah berubah haluan daripada matlamat asal dan tidak mengambil kira pandangan pemimpin yang lain. Krisis ketidakper­cayaan di kalangan ahli dan juga pengundiny­a dijangka berpanjang­an selepas ini. Apakah nasib yang bakal ditimpa oleh DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang akan datang? Ini bukan sahaja membabitka­n status survival parti bekenaan setelah beberapa dekad malah melihat pendekatan DAP yang sudah pun dilihat bertentang­an serta tersasar dalam perjuangan sebenar parti politik berkenaan.

Kebimbanga­n peringkat akar umbi

Keputusan keluar parti itu dibuat sebagai mewakili suara kebimbanga­n akar umbi terhadap tingkah laku kepemimpin­an pusat DAP. Mungkin ia satu permulaan dan ia tidak akan berhenti setakat ini sahaja menjelang PRU-14 akan datang. Rakyat sedang menyaksika­n kepemimpin­an DAP yang sedang membuat strategi PRU-14 serta menilai tahap kebolehper­cayaan mereka terhadap wakil rakyat DAP sedia ada.

Ini akan menjadi titik tolak kepada ahli lain untuk memikir kedudukan masa hadapan mereka sama ada masih perlu bergantung kepada parti ini di dalam soal survival politik mereka. Selepas insiden satu Ahli Parlimen dan tiga ADUN keluar parti, DAP dilihat gagal berbincang dengan pemimpin mereka atau memujuk mereka kembali ke parti berkenaan. Ini membangkit­kan ahli pemimpin berkenaan untuk terus keluar parti berikutan empat ahli berkenaan turut mempunyai pengaruhny­a tersendiri.

Persoalan penting di sini ialah sudah hilang keyakinan terhadap dasar dan prinsip yang diamalkan pemimpin mereka. Itu yang dapat diterjemah­kan menerusi 182 ahli parti yang bercadang untuk keluar beramai-ramai. Persoalan penting ialah apakah pengaruh ketidakper­cayaan ini akan menular ke negeri-negeri lain?

Apakah pemimpin DAP lain akan berdiam diri untuk melihat keputusan ini. Yang jelas ia akan memberikan ruang kemenangan dan kelebihan kepada Barisan Nasional pada PRU-14. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, pernah pun membuka ruang kepada empat pemimpin DAP untuk menyertai parti BN dan menggesa BN peringkat negeri menggunaka­n peluang terbaik yang ada kerana kerusi DAP daripada tujuh berkurang menjadi empat dan mungkin selepas ini tiga.

Inilah dilihat sebagai kekuatan untuk BN negeri merangka strategi kemenangan parti BN pada peringkat negeri Melaka pada PRU-14 akan datang. Tindakan empat wakil rakyat itu disusuli 182 ahli keluar parti akan menjadi contoh kepada ahli DAP yang lain untuk turut berbuat demikian berikutan tidak lagi sehaluan dengan pucuk pimpinan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia