Berita Harian

Usah lupa jasa besar Justin Ganai

-

Jika ada pengiktira­fan kepada mana-mana jurulatih yang kekal berkhidmat di dalam satu pasukan yang sama, selayaknya anugerah tersebut diberikan kepada Justin Ganai.

Ini kerana Justin telah mencipta rekod sebagai jurulatih yang paling lama ditagih khidmatnya oleh Sabah FA dalam kancah bola sepak negara.

Pelbagai pengalaman pahit manis telah dikecapi oleh

Justin selama 23 tahun karier beliau termasuk kejayaan yang paling tidak akan dilupakan menjadi juara Liga Malaysia pada tahun 1996 yang pada masa itu dikenali sebagai Liga Perdana, walaupun sebagai pembantu kepada Ronald Arthur Smith.

Selepas itu, jurulatih yang berasal dari Tamparuli itu sering kali menjadi harapan kepada Sabah FA sama ada untuk menggalas tugas sebagai pembantu jurulatih kepada pasukan senior atau ketua jurulatih bagi skuad Piala Presiden Sabah, iaitu jawatan terbarunya sejak tahun lepas di mana beliau turut membimbing pasukan SUKMA 2016 Sabah memenangi pingat gangsa di Kuching, Sarawak.

Bagi Justin, walaupun pada usia 61 tahun, kudrat beliau senantiasa akan dicurahkan selagi diperlukan oleh Sabah

FA. Itulah keunikanny­a hamba kepada bola sepak negara yang ramai terlepas pandang.

Untuk rekod, bekas pemain bola sepak Sabah itu boleh dikatakan sebagai Super Sub setiap kali pasukan Sabah ingin mengganti jurulatih skuad senior.

Buktinya, Justin telah empat kali memikul tanggungja­wab memegang peranan utama membimbing pasukan senior Sabah sejak mendapat mandat sebagai ketua jurulatih pada tahun 1999.

Pada tugasan pertama tersebut beliau gagal mencapai standard yang diinginkan sebelum digantikan oleh bekas jurulatih Selangor, Ken Worden yang berjaya membimbing Sabah menduduki tempat ke-4 liga dan layak ke separuh akhir Piala FA.

Layak diberi pingat

Selepas itu ramai menjangkak­an karier Justin akan berkubur namun nasib menyebelah­i beliau kerana kelebihan mempunyai lesen kejurulati­han A.

Beliau kekal menjadi pembantu jurulatih skuad senior dan Piala Presiden sehingga diberi peluang kedua untuk musim 2005-2006 tapi gagal membawa Sabah naik ke Liga Super dengan hanya mampu menamatkan saingan di tangga ke-4 Liga Perdana.

Justin ditawarkan tugas sebagai pembantu kepada Pengarah Pembanguna­n Jurulatih FAM, Lim Chuan Chin pada tahun 2011 namun terpaksa menolaknya setelah mendapat tawaran menggantik­an Gary Philips, jurulatih Australia yang berjaya melonjak Sabah menjadi naib juara Liga Perdana 2010 seterusnya layak ke Liga Super.

Nasib sekali lagi tidak menyebelah­i beliau apabila gagal menganjak prestasi Sang Badak termasuk merekodkan kekalahan terbesar dalam sejarah bola sepak Negeri Di bawah Bayu, dimalukan dengan kekalahan

0-9 di tangan Lions XII yang mengakibat­kan tindakan drastik Sabah FA merehatkan beliau.

Pada tahun 2015, Justin diarah untuk menjadi jurulatih membentuk skuad Sabah dalam usaha untuk membuka lemba- ran baru dengan kemasukan bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), El-hadji Diouf.

Bagaimanap­un, Mike Mulvey kemudianny­a dilantik untuk menjadi pengendali pasukan selepas musim bermula dan Justin menjadi pembantu sahaja.

Walau apapun persepsi penyokong bola sepak Sabah terhadap Justin, beliau adalah seorang yang mengabdika­n diri dalam sukan ini.

Bukan setakat menjadi jurulatih skuad Piala Presiden, dia juga turut terbabit dalam program pembanguna­n bola sepak negeri tersebut setelah sekian lama selain menjadi pengarah kepada Tunas Asas Bola Sepak Sabah (TABS) bagi daerah Tuaran yang telah mengetenga­hkan ramai bakat-bakat muda untuk Sabah.

Selayaknya Justin patut diberikan pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk sebagai tanda penghargaa­n kepada jasa yang diberikan oleh Justin selama ini.

Pengorbana­n Justin yang terus setia berkhidmat kepada SAFA selama lebih 20 tahun seharusnya dibalas dengan pingat kebesaran tersebut.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia