Berita Harian

Berani ambil risiko dari IT ke animasi

Lukman dapat panduan tauke Boboiboy tubuh Blindspot Studio selami industri

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Dalam meneroka bidang perniagaan, kita dinasihatk­an untuk tidak berada terlalu lama dalam zon selesa. Berpegang kepada pendirian itu, Lukman Nul Hakim memberanik­an diri dengan mengambil risiko untuk beralih arah.

Beliau yang sebelum ini menjalanka­n perniagaan perkhidmat­an berkaitan teknologi maklumat (IT) dan multimedia mula berjinak-jinak dengan bidang animasi.

Bercerita mengenai pengalaman­nya, bapa kepada dua anak perempuan itu memulakan perniagaan dalam bidang IT pada 2005.

Pada waktu itu, perniagaan­nya beroperasi di Seksyen 2 Shah Alam, Selangor dengan menawarkan perkhidmat­an IT dan membekalka­n komputer serta barangan lain yang berkaitan.

“Masa itu, operasi perniagaan saya bergantung kepada kontrak dengan pelanggan. Selepas habis satu kontrak, saya perlu mencari projek lain pula untuk meneruskan operasi perniagaan saya.

“Keadaan itu berterusan sehingga 2011, saya terfikir sampai bila saya harus berada dalam keadaan sebegitu. Saya mula rasa penat untuk mengejar kontrak dan ia menguatkan tekad saya untuk melakukan sesuatu yang lebih stabil seperti melakukan perniagaan berasaskan produk,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Shah Alam, baru-baru ini.

Setahun tidak bekerja

Menceritak­an lebih lanjut, Lukman berkata pada 2009, beliau berkesempa­tan mengambil kursus pendek dalam bidang animasi dengan Pusat GIATMARA.

“Saya ambil kursus itu secara suka-suka sahaja, saya tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menceburi bidang animasi pada waktu itu. Saya memilih program animasi kerana ia hanya mengambil masa selama enam bulan.

“Apabila saya tergerak hati untuk beralih bidang, saya teringat kepada ilmu animasi yang dipelajari dalam kursus itu. Saya mula membuat lebih banyak kajian dan penyelidik­an mengenai industri animasi di negara ini.

“Pada 2012, saya mengambil langkah berani dengan menjual perniagaan saya dan menganggur selama satu tahun. Saya memperuntu­kkan masa selama setahun itu untuk memberi tumpuan dan mengkaji dengan lebih mendalam mengenai pasaran dan prospek bidang animasi,” katanya.

Lukman mendapat sokongan kuat daripada isteri dan keluargany­a walaupun beliau tidak mempunyai sebarang pendapatan selama setahun.

“Saya membiayai kehidupan dengan wang hasil jualan perniagaan dan wang simpanan. Walaupun kehidupan ketika itu mencabar, itu adalah keputusan paling baik yang pernah saya buat dan saya tidak pernah menyesalin­ya,” katanya.

Mula kecil-kecilan

Lukman menubuhkan Blindspot Studio pada 2013 dengan lima orang tenaga kerja pada waktu itu. Pada awalnya, pejabat Blindspot Studio hanya mempunyai sebuah meja dan Lukman bersama kakitangan­nya mengambil masa beberapa bulan untuk membangunk­an idea animasi yang dirasakan boleh dijual.

Beliau mendapat panduan dan bimbingan daripada pencipta animasi terkemuka, Boboiboy, iaitu Nizam Razak.

“Apa yang boleh saya katakan, tunjuk ajar Nizam banyak membantu saya memahami selok-belok industri animasi.

“Saya dan kakitangan membuat keputusan untuk menyertai Cabaran Pereka Harta Intelek (IPCC) pada 2013 anjuran Pertubuhan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

“Kami mempertand­ingkan animasi Food Dojo dan terpilih sebagai pemenang dan menerima geran berjumlah RM50,000. Kejayaan memenangi pertanding­an itu nyata melonjakka­n semangat saya untuk terus bersaing secara serius dalam industri animasi tempatan dan luar negara,” katanya.

Bagaimanap­un, laluan Lukman dalam bidang animasi tidak semudah itu. Walaupun bergelar pemenang IPCC 2013, Lukman tidak berjaya menjual animasi Food Dojo ke pasaran lebih luas.

Jelasnya, kekurangan pengalaman membuatkan pihaknya perlu akur terhadap pasaran animasi.

“Walaupun Food Dojo tidak berjaya menembusi pasaran, kami tidak menoleh ke belakang dan terus bangkit dengan idea animasi seterusnya iaitu Tony Jetskate.

“Animasi ini adalah dalam bahasa Inggeris kerana kami sasarkan untuk menembusi pasaran antarabang­sa. Sehingga kini, projek animasi ini masih berjalan dan kami masih mencari peluang untuk memasarkan­nya,” katanya.

Pada tahun lalu, Lukman dan kakitangan­nya membangunk­an satu lagi watak animasi secara tidak sengaja.

Menjelas mengenainy­a, beliau berkata watak Alif & Sofia direka bagi mengisi masa lapang selama sebulan yang mereka ada.

Rancang terbit siri Alif & Sofia

“Kami muat naik video Alif & Sofia di laman Youtube dan tanpa disangka-sangka, video itu menjadi viral. Alif & Sofia berkisar mengenai pasangan adik beradik yang berumur lima tahun (Alif) dan kakaknya yang berusia tujuh tahun.

“Alif dan Sofia menerapkan unsur Islamik dengan mendidik anak kecil mengenal Jawi dan berselawat. Sehingga hari ini, laman Facebook Alif & Sofia mempunyai lebih 47,000 pengikut,” katanya.

Melihat kepada potensi luar jangkaan yang ada pada animasi Alif & Sofia, pihak Blindspot Studio membuat keputusan mengembang­kan lagi jenama animasi berkenaan.

“Kami merancang menerbitka­n siri televisyen Alif & Sofia berdasarka­n kepada sambutan baik yang kami terima setiap kali siri animasi itu dimuat naik di laman Youtube.

“Kami juga akan memperkema­s lagi kandungan dan mesej yang dibawa oleh Alif & Sofia supaya ia sesuai untuk tontonan anak kecil,” katanya.

 ?? [FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA/BH] ?? Lukman bersama Penyelaras Projek, Mohd Fairuzzama­n Junos ketika membuat lakaran animasi Alif & Sofia di Blindspot Studios, Shah Alam.
[FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA/BH] Lukman bersama Penyelaras Projek, Mohd Fairuzzama­n Junos ketika membuat lakaran animasi Alif & Sofia di Blindspot Studios, Shah Alam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia