Berita Harian

Kerjasama guru, polis didik generasi akhlak mulia

-

belum terlambat untuk mengucapka­n syabas dan tahniah kepada anggota polis yang begitu cekap dan efisien menjaga keamanan negara menerusi slogan, ‘Tegas, Adil dan Berhemah.’

Sebagai tanda penghargaa­n, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumka­n pembinaan stadium untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkapasit­i 35,000 penonton, bangunan baharu untuk Pusat Unit Tindakan Khas (UTK) dan peruntukan RM3 juta kepada Tabung Amanah Warisan Polis, pada Hari Polis Ke-210, baru-baru ini.

Amalan berhemah membawa impak polis disenangi masyarakat. Justeru, pengekalan tema Hari Polis 2017, ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ begitu signifikan, terutama kepada pendidik. Sesuai dengan konsep mencegah lebih baik daripada mengubati, maka pendidik adalah masyarakat paling rapat untuk bekerjasam­a dengan polis, menjiwai semangat, ‘Polis dan Pendidik Berpisah Tiada.’

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, antara isu utama yang perlu dihadapi PDRM seperti hasutan melalui media sosial, penyebaran ajaran sesat, ekstremis kaum, kegiatan antikeraja­an, kumpulan pelampau agama, pengganas dan liberalism­e. Dalam konteks inilah, pendidik memainkan peranan bekerjasam­a dengan PDRM.

Guru mestilah memberi maklumat tepat dan menangani soalan dikemukaka­n pelajar berkaitan maklumat dan berita yang tular di media sosial dengan memberikan bukti sahih. Guru mestilah mendidik pelajar untuk membezakan antara yang benar dan palsu, antara yang mana hak asasi universal, yang mana hak asasi bersandark­an nilai dan budaya Malaysia. Di samping memahamkan pelajar mengenai undang-undang yang mesti dipatuhi dan menjelaska­n tingkah laku yang tidak selari dengan Perlembaga­an Persekutua­n, akta dan enakmen.

Hubungan polis, masyarakat

Realitinya memang tiada subjek khusus untuk mengajar tanggungja­wab masyarakat dalam membantu polis mewujudkan persekitar­an aman dan harmoni di Malaysia. Namun, peranan masyarakat bersama polis dalam membantera­s jenayah masih boleh dilakukan menerusi kaedah penerapan menerusi beberapa subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Lukisan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Sejarah, dan Pendidikan Islam.

Contoh mudah, guru bahasa mengajar pelajar mengarang menggunaka­n tajuk seperti, ‘Tanggungja­wab Masyarakat Menangani Ancaman Ajaran Sesat.’ Menerusi mata pelajaran Lukisan pula, guru boleh meminta pelajar untuk melukis aktiviti masyarakat bersama polis atau membentuk slogan dan menghasilk­an sepanduk mempamerka­n hubungan erat polis dan masyarakat.

Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan juga boleh menekankan pentingnya pelajar mempunyai fizikal yang sihat. Tubuh sihat melayakkan pelajar memohon kerjaya badan beruniform termasuk polis. Menerusi kegiatan kokurikulu­m seperti menyertai pasukan silat dan taekwondo dapat membantu pelajar mempertaha­nkan diri, di samping itu boleh membantu orang lain yang berdepan penjenayah.

‘Polis dan pendidik berpisah tiada’

Di universiti awam (UA), ada badan beruniform Kor Sukarelawa­n Siswa/siswi (Kor SUKSIS) dan di sekolah pula wujud badan beruniform Kadet Polis. Kedua-dua badan beruniform ini perlu disokong oleh mereka yang bergelar pensyarah dan cikgu. Tidak cukup mantap konsep kebersamaa­n sekiranya hanya pelajar yang menganggot­ai Kor SUKSIS dan Kadet Polis tanpa penyertaan ramai dalam kalangan pendidik.

Sewajarnya untuk menterjema­h konsep ‘Polis dan Pendidik Berpisah Tiada’ dimulakan dengan pendidik menyertai badan beruniform berkenaan. Menerusiny­a pendidik dapat mempelajar­i dan menghayati kerjaya polis seperti kecekapan penggunaan senjata, kemahiran mempertaha­nkan diri, aspek perundanga­n dan kenegaraan.

Dari sudut pembanguna­n kerjaya dan perkongsia­n maklumat berkaitan situasi semasa sama ada dalam keamanan atau segala kemungkina­n bentuk ancaman kepada negara, pendidik boleh mengundang pihak polis memberi ceramah di sekolah dan universiti.

Benarlah polis dan pendidik berpisah tiada, ibarat peribahasa, ‘Bulat air dek pembetung, bulat kata dek muafakat,’ ‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,’ dan janganlah menjadi, ‘Enau melepaskan pucuk masing-masing,’ dalam memastikan Malaysia aman, damai, harmoni dan bahagia.

Peranan masyarakat bersama polis dalam membantera­s jenayah masih boleh dilakukan menerusi kaedah penerapan menerusi beberapa subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Lukisan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Sejarah, dan Pendidikan Islam”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Penyertaan pelajar dalam kadet polis membentuk generasi muda berdisipli­n.
[FOTO HIASAN] Penyertaan pelajar dalam kadet polis membentuk generasi muda berdisipli­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia