Berita Harian

TRAGEDI PETIR 1968

Jaguh pecut dan pelari jarak sederhana tidak harap balasan

- Oleh Haika Khazi

Kejadian antara punca ratu pecut negara Datuk M Rajamani bersara awal

Datuk M Rajamani berdepan pelbagai kesusahan dan rintangan sebelum bergelar lagenda sukan olahraga negara terutama bagi acara pecut dan jarak sederhana.

Antara cabaran dan dugaan paling besar dihadapi Rajamani sebelum bergelar atlet olahraga adalah apabila ibunya, Chelema, meninggal dunia ketika beliau berusia lima tahun.

Rajamani juga kehilangan seorang abang dan adik yang turut meninggal dunia sewaktu kecil.

Mengimbau kembali kenangan lalu, bakat Rajamani dalam sukan olahraga mula terserlah apabila beliau berpeluang menjadi pelari terakhir bagi acara larian berganti-ganti di sebuah sekolah rendah kerajaan aliran Inggeris di Tapah, Perak, ketika berusia 10 tahun.

Biarpun masih muda Rajamani berjaya menewaskan peserta lain yang jauh lebih tua dan berpengala­man daripadany­a, sebelum dipilih mewakili sekolah dalam acara olahraga di peringkat daerah dan negeri.

Bagaimanap­un, Rajamani mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada sukan olahraga ketika berusia 17 tahun bagi memberi sepenuh perhatian kepada pelajaran di tingkatan lima di sebuah sekolah menengah perempuan di Perak.

Selepas tamat tingkatan lima, hobi Rajamani hanya menghabisk­an masa dengan berehat dan tidur sahaja pagi petang siang malam sehingga bapanya V Mailvagana­m membawa seorang jurulatih dikenali R Supayah ke rumah dan memaksa beliau meneruskan latihan olahraga.

Oleh kerana serba kekurangan, Rajamani terpaksa bertanya dari rumah ke rumah untuk meminjam basikal anak jiran untuk berulang alik sejauh kira-kira lima kilometer (km) dari rumahnya ke tempat latihannya setiap hari, jika tiada yang sudi meminjam dia akan berjalan kaki untuk menjimatka­n tambang bas 5 sen ketika itu.

Rajamani juga terpaksa menggunaka­n tuala mandi yang dijahit untuk dijadikan pakaian sukan kerana tidak mampu membeli peralatan itu biarpun harganya tidak sampai RM20.

Terima anugerah DPTJ

Beliau juga terpaksa menggunaka­n kasut trek berpaku yang dibuat oleh seorang tukang kasut diupah bapanya kerana tidak mampu membeli ‚spike‘ untuk kegunaanny­a ketika berlatih atau menyertai mana-mana kejohanan di dalam mahu pun di luar negara dari tahun 1958 hingga 1964.

Biarpun, menghadapi pelbagai rintangan, halangan dan dugaan termasuk menerima sebarang elaun atau bantuan peralatan sukan, Rajamani berjaya layak ke Sukan Olimpik Tokyo, Jepun, pada 1964.

Kejayaan itu membolehka­n Rajamani menerima elaun RM64 ketika mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo 1964 dan sepasang ‚spike‘ usang menjadi alas kakinya.

Bagi Rajamani wang bukanlah

 ??  ?? Rajamani berbangga bersama koleksi gambarnya.
Rajamani berbangga bersama koleksi gambarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia