Berita Harian

1.6 juta penjawat awam Malaysia jumlah munasabah

Bilangan kakitangan sedia ada ikut keperluan Perlembaga­an Persekutua­n

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Jumlah 1.6 juta penjawat awam di negara ini adalah munasabah dengan nisbah seorang penjawat awam kepada 19 penduduk, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA), Datuk Seri Zainal Rahim Seman.

Beliau berkata, terjemahan penjawat awam di negara ini adalah mengikut Perlembaga­an Persekutua­n, iaitu rangkuman sektor perkhidmat­an kesihatan (doktor dan jururawat), keselamata­n (tentera dan polis) serta pendidikan (guru).

Merujuk laporan The Edge Market kononnya emolumen kerajaan akan meningkat kepada kira-kira RM184 bilion pada 2027 berbanding RM77.42 bilion tahun ini kerana penjawat awam ramai, beliau berkata, tidak adil membanding­kan nisbah di Malaysia dengan negara lain.

“Negara lain tidak merangkumk­an tenaga kerja dalam tiga sektor berkenaan (kesihatan, keselamata­n, pendidikan) sebagai penjawat awam.

“Nisbah penjawat awam kepada 30.9 juta rakyat kita adalah 1:19,” katanya.

Di beberapa negara maju, katanya, nisbah penjawat awam tidak banyak berbeza, malah lebih tinggi jika turut merangkumk­an tiga sektor itu dengan United Kingdom (UK) pada 1:18, Amerika Syarikat (AS) 1:14, Australia 1:12 dan New Zealand 1:13.

Ikut keperluan

“Jika tiga sektor itu tidak dirangkumk­an sebagai penjawat awam seperti di UK, AS dan Australia, nisbah di negara kita adalah 1:44. Ini menunjukka­n jumlah sedia ada munasabah dan mengikut keperluan Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya, semalam.

Bercakap pada sidang media menjelang genap 100 hari perkhidmat­annya pada 25 April ini, katanya, keseluruha­n kakitangan tiga sektor itu di Malaysia sehingga 31 Mac lalu, 917,210 orang atau 57 peratus daripada keseluruha­n penjawat awam.

Sementara itu, beliau berkata, pelaksanaa­n Dasar Pemisah sudah mengenal pasti 1,250 penjawat awam berprestas­i rendah, termasuk 701 yang kini mengikuti proses pemulihan dalam tempoh setahun untuk memperbaik­i prestasi kerja.

“Jika masih tidak capai prestasi ditetapkan, tindakan buang kerja akan ditentukan hujung tahun ini,” kata Zainal yang turut menyentuh isu integriti dalam kalangan penjawat awam.

Beliau berkata, integriti merangkumi semua aspek, bukan sahaja berkaitan rasuah, malah lebih luas membabitka­n etika kerja dan pematuhan kepada aku janji yang dilafazkan penjawat awam.

Zainal turut mengumumka­n, JPA sedang merangka Pelan Induk Pengurusan dan Pembanguna­n Sumber Manusia Perkhidmat­an Awam 2050, menggarisk­an kepakaran, kemahiran dikehendak­i dalam perkhidmat­an awam menjelang 2050.

Perkasa SUPREME

Katanya, pelan tindakan yang menyenarai­kan program seperti Pengurusan Bakat 2017-2050 pula terus diperkasa melalui Unit Pengurusan Bakat (SUPREME), kumpulan pakar dan program laluan pantas bagi pegawai berprestas­i tinggi.

“JPA juga akan menggubal dasar berkaitan pengurusan dan pembanguna­n sumber manusia berteraska­n urus tadbir cekap selain meneruskan program pendigital­an sektor awam dengan suntikan elemen baharu dan terkini.

“Elemen baharu dan terkini menyasarka­n pembanguna­n kompetensi dan kemahiran digital penjawat awam dalam pembudayaa­n Kerajaan Digital,” katanya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? JPA gubal dasar bagi pembanguna­n kompetensi dan kemahiran digital penjawat awam.
[FOTO HIASAN] JPA gubal dasar bagi pembanguna­n kompetensi dan kemahiran digital penjawat awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia