Nana Mahazan

Berita Harian - - AURA. -

Nana atau nama penuhnya, Nurul Hana

Che Mahazan, menceburi bidang hiburan selepas menyertai program realiti, Akademi Fantasia Musim Pertama pada 2003.

Pernah tampil bersama single, Katakan, Nana juga dikenali sebagai penyampai radio.

Pernah membintangi filem seperti Gangster, Malaikat Maut dan

Sifu & Tongga.

Menganjurkan persembahan khas menggandingkan 12 finalis AF1 diberi nama #Af1reunion itu di Live at Comedy Planet, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur, pada 6 dan 7 Mei depan. Ia akan membabitkan Nana, Khai, Rosma, Vince, Nija, Azizi, Sahri, Burn, Atie, Azza, Liza dan Adi. Persembahan akan diadakan sebanyak tiga kali. Pada 6 Mei, pertunjukan hanyalah pada sebelah malam manakala pada 7 Mei pula, dua slot persembahan dirancang, iaitu pada sebelah petang dan malam.

Tiket menyaksikan persembahan reunion

AF1 dijual pada harga

RM75 bagi yang membuat tempahan awal, manakala RM90 bagi mereka yang mendapatkannya di lokasi acara pada hari persembahan berlangsung. Peminat yang ingin menyaksikan persembahan terbabit boleh menghubungi talian 011-39547741 atau ikuti Instagram @nanamahazan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.