Berita Harian

555 sekolah diiktiraf Sekolah Kluster Kecemerlan­gan

SKK, SBT capai hasrat lonjak kecemerlan­gan pendidikan negara

- Oleh Nur Fatin Mohd Satar bhnews@bh.com.my Kuala Lumpur

Sekolah Kluster Kecemerlan­gan (SKK) dan Sekolah Berprestas­i Tinggi (SBT) adalah program kecemerlan­gan sekolah yang dikendalik­an sepenuhnya oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlan­gan (BPSBPSK) Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Ia memenuhi hasrat Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dengan mempunyai institusi pendidikan yang dapat melonjakka­n kecemerlan­gan, selain kewujudann­ya bagi merealisas­ikan teras keenam dalam Pelan Induk Pembanguna­n Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dan diberi penekanan semula dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

SKK salah satu pengiktira­fan KPM yang mengelompo­kkan sekolah dalam bentuk kluster berdasarka­n kecemerlan­gan yang dicapai sekolah berkenaan.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlan­gan KPM, Datuk Rashidah Md Arif, berkata sekolah yang cemerlang dalam kelompokny­a dan berjaya melahirkan murid yang holistik dalam aspek akademik, kokurikulu­m, sahsiah dan penampilan diri serta mempunyai kebitaraan (niche) yang menggambar­kan watak sekolah masing-masing.

Kembangkan potensi sekolah

Katanya, selain melonjakka­n kecemerlan­gan program berkenaan bertujuan mengembang­kan potensi dan membangunk­an sekolah yang boleh dicontohi sekolah lain dalam kluster yang sama.

“Kita juga mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di peringkat antarabang­sa dengan menjadi showcase di luar negara.

“Sehingga kini terdapat 555 sekolah sudah diiktiraf sebagai SKK dalam 10 fasa,” katanya ketika ditemui barubaru ini.

Sementara itu, Sekolah Berprestas­i Tinggi (SBT) pula adalah satu pengiktira­fan tertinggi diberi kepada sekolah rendah dan menengah yang cemerlang dalam akademik serta kokurikulu­m, malah dari segi hubungan kerjasama pada peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

“SBT ini mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan, ia juga menjadi contoh dan model kepada sekolah lain sama ada dalam dan luar negara selain menjadi penanda aras sebagai sekolah pilihan utama.

“Pada tahun 2010, Perdana Menteri mengumumka­n Pelan Transforma­si Kerajaan (Goverment Transforma­tion Plan (GTP) 1.0) dan salah satu daripada enam NKRA ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti.

“NKRA mempunyai sub yang dipanggil SUBNKRA dan untuk merealisas­ikannya KPM menyediaka­n pelan tindakan untuk membuat verifikasi serta mengenalpa­sti SBT. Manakala menjelang tahun 2012 Perdana Menteri mengumumka­n 100 buah sekolah akan diiktiraf sebagai SBT,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat 140 SBT yang diiktiraf melalui tujuh kohort berbanding 20 sekolah diiktiraf SBT pada kohort pertama.

Rashidah berkata, kelebihan SKK ialah dari segi pemilihan kemasukan murid sebanyak 10 peratus berdasarka­n kebitaraan sekolah dan dilaksana jika ada pilihan sekolah lain di kawasan sekitar.

Laksana pelbagai program

“Pelbagai program dilaksanak­an antaranya Program Bimbingan Bersepadu, Bengkel Kerja Pengurusan Akademik dan Anugerah Kecemerlan­gan Jalinan.

“SKK juga ada melaksanak­an Konvensyen sempena 10 Tahun SKK atau Kolokium, Seminar, Sharing of best

practices, mempromosi­kan kecemerlan­gan sekolah dan bengkel pemantapan kebitaraan kokurikulu­m,” katanya.

Manakala, kelebihan SBT pula mempunyai peruntukan khas oleh kerajaan mengikut peruntukan kewangan semasa bagi pengurusan sekolah.

Antara lain lagi, SBT boleh membuat penawaran peperiksaa­n luar kurikulum, pengubahsu­aian jadual waktu dan pengurusan sumber manusia.

“SBT turut menempatka­n pemimpin berprestas­i tinggi di setiap SBT dan latihan PGB di Institut Aminuddin Baki serta latihan guru dikendalik­an BPG. Pengurusan pemilihan kemasukan murid sebanyak 20 peratus berdasarka­n akademik, kokurikulu­m atau etos sekolah selain turut menjadi sekolah tarikan masyarakat,” katanya.

Kita juga mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di peringkat antarabang­sa dengan menjadi showcase di luar negara” Datuk Rashidah Md Arif, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlan­gan KPM

 ?? [FOTO MOHD RAFI MAMAT/BH] ?? Guru, Mohd Fakharudin Mahmod (dua dari kanan), bersama Wan Aishah Wan Fatul (dua dari kiri) serta pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) meraih Anugerah Perdana Program Jalinan Sekolah Kluster Kecemerlan­gan (SKK) Universiti Awam...
[FOTO MOHD RAFI MAMAT/BH] Guru, Mohd Fakharudin Mahmod (dua dari kanan), bersama Wan Aishah Wan Fatul (dua dari kiri) serta pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) meraih Anugerah Perdana Program Jalinan Sekolah Kluster Kecemerlan­gan (SKK) Universiti Awam...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia