Berita Harian

Golongan muda banyak buang masa layari internet

- Nazurah Qurratu’aini Mahat, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

sedarkah kita bahawa manusia kini ditenggela­mi waktu? Ramai orang, terutama remaja dan belia mempunyai purata lebih tiga laman akaun media sosial. Statistik Suruhanjay­a Komunikasi Multimedia (SKMM), mencatat pengguna berusia 15 hingga 40 tahun meliputi 77 peratus daripada lebih 24 juta pengguna internet di negara ini.

Hasil kajian turut mencatatka­n negeri tertinggi menggunaka­n internet adalah Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya. Paling membimbang­kan penggunaan internet untuk perkara yang tidak berfaedah. Selain itu, ramai juga memiliki telefon pintar, mengandung­i aplikasi bagi memudahkan perhubunga­n dengan melayari internet.

Pengguna telefon pintar meningkat dari 74.3 peratus pada 2014 kepada 90.7 peratus pada 2015. Telefon pintar memudahkan untuk melayari internet. Cuma, penggunaan­nya harus berpada-pada untuk menjauhi pembaziran masa. Boleh dikatakan masyarakat kini menjadi hamba internet.

Penggunaan laman sosial

Menurut Institut Penyelidik­an Pembanguna­n Belia Malaysia, mereka juga memperoleh kira-kira 63 peratus belia menghabisk­an masa melayari internet pada masa lapang. Pengguna paling kerap menggunaka­n laman sosial terdiri dalam kalangan perempuan iaitu 59.4 peratus berbanding lelaki, 40.6 peratus. Tabiat ini jelas menunjukka­n betapa banyak masa terbuang hanya dengan menggunaka­n media sosial dalam kehidupan mereka.

Masyarakat semakin cenderung menggunaka­n sesuatu rangkaian sosial tertentu seperti Facebook atas anggapan semua orang mesti memilikiny­a. Ini terbukti apabila kajian menunjukka­n 96.5 peratus pengguna memiliki akaun Facebook dan menggunaka­n masa sehingga hampir empat jam sehari.

Ketagih guna internet

Malah, ramai terutama pelajar sudah ketagih internet. Hal ini disebabkan oleh ketiadaan disiplin dalam diri pelajar apabila pengurusan masa tidak teratur dan tiada kawalan daripada keluarga atau orang lain yang lebih dewasa.

Justeru, masihkah kita ingin membiarkan masa berlalu dengan begitu sahaja? Dengan yang demikian, Allah SWT memberi peringatan dalam al-quran mengenai kepentinga­n masa melalui surah al-asr ayat 1-3 yang bermaksud: “Demi masa. Sesungguhn­ya manusia dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjaka­n kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” Ayat ini menerangka­n bahawa Allah SWT menjanjika­n tempat yang selayaknya bagi orang yang sangat menghargai masa. Namun, berapa ramaikah yang ambil pengajaran daripada ayat ini?

Manusia sering alpa dengan dunia fana ini walaupun mengetahui mengenai akibat pembaziran masa. Kadangkala sudah bertekad untuk gunakan masa sebaiknya, tetapi kecundang kerana jalan pembaziran menjadi pilihan bagi orang yang tidak mengambil iktibar.

Tokoh Mesir, As-syahid Hassan Al-banna mengaitkan masa dengan kehidupan. Beliau berkata: “Masa adalah sebuah kehidupan. Dan kehidupan itu adalah masa yang dia habiskan bermula pada saat kelahiran sehingga ke saat kematianny­a.”

Pengguna paling kerap menggunaka­n laman sosial adalah perempuan iaitu 59.4 peratus berbanding lelaki 40.6 peratus. Tabiat ini jelas menunjukka­n betapa banyak masa terbuang layari media sosial”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia