Berita Harian

Hanya sekat maklumat palsu, bukan kebebasan bersuara

-

Sebarang tindakan undangunda­ng terhadap admin atau pentadbir kumpulan Whatsapp yang gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan ahli sehingga menggugat keselamata­n negara adalah langkah tepat pada waktunya. Langkah ini diwujudkan lebih awal lagi bagi membendung penularan maklumat palsu di kalangan masyarakat.

Langkah ini tidak harus terbatas terhadap kumpulan Whatsapp malah aplikasi telefon lain seperti telegram dan wechat (banyak berkait rapat untuk isu sosial) dan Facebook.

Aplikasi seperti Whatsapp ini senang untuk disalin Screenshot dan dikongsi berkali-kali di media sosial seperti Facebook untuk diberi like, sehingga ke satu tahap mencecah beratus komen sekalipun maklumat adalah palsu.

Maka, penguatkua­saan harus menyeluruh dan tidak hanya termaktub terhadap kumpulan Whatsapp, malah turut merangkumi penalti dari sudut penyebaran berita palsu, fitnah, menghasut, penipuan dan pendedahan komunikasi yang dilarang iaitu mendedahka­n maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Kajian mendapati lebih 80 peratus rakyat kita lebih cenderung memberi maklumat berkaitan politik.

Apatah lagi, lebih 70 hingga 80 peratus berumur di bawah 40 tahun melayari laman internet lebih kurang empat jam sehari. Aspek kedua ialah berkongsi maklumat tanpa mengetahui kesahihann­ya.

Persepsi negatif

Apabila ia dikongsi banyak kali, ia sekali gus membentuk persepsi negatif terhadap ahli dan parti politik tertentu. Apabila berpanjang­an, ia akan melahirkan perasaan benci dan tidak percaya selain menyebabka­n ada segelintir tidak mengundi langsung jika pilihan raya diadakan. Ini satu faktor yang perlu diberi perhatian.

Pada masa sama, rakyat kita harus mempunyai pemahaman bahawa sekatan ini hanya berkuat kuasa terhadap penyebaran maklumat palsu dan bukannya menyekat kebebasan bersuara rakyat.

Masyarakat kita akan berdepan dengan satu ‘proses yang parah’ sekiranya maklumat yang menjadi viral itu mendatangk­an mudarat atau membahayak­an seseorang. Di sinilah pentingnya etika dan tanggungja­wab setiap rakyat dalam berkongsi maklumat yang sihat.

Sikap bertanding siapa yang sebar dulu untuk popular berdasarka­n like dan share tidak akan memberi kebaikan kepada sesiapa pun. Media sosial mahupun aplikasi telefon tidak harus dijadikan medium untuk memburukka­n seseorang atau menyebar berita palsu. Ledakan maklumat adalah terlalu banyak.

Dalam keadaan landskap media yang kompleks, ia menggalakk­an kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat dan fenomena itu hari ini melangkaui sempadan terutamany­a isu sensitif yang dibangkitk­an keyboard warriors berkaitan agama, bangsa dan politik.

Persoalann­ya bagaimana untuk menapis maklumat ini satu persatu bagi memberi penjelasan kepada rakyat agar tidak terpedaya dengan laporan palsu.

Apabila membincang­kan isu tahap literasi media, saya menekankan bahawa rakyat harus memikul tanggungja­wab sosial bersama untuk membantera­s sebaran maklumat palsu.

Buat laporan polis

Mangsa harus buat laporan polis secepat mungkin dan selanjutny­a mengambil tindakan mahkamah. Ini bakal mengajar pihak yang berani menyebar maklumat palsu di media sosial mahupun aplikasi telefon.

Walaupun bilangan yang buat laporan itu masih kecil, ia tetap memberi impak kepada mereka yang bakal atau berniat untuk berbuat demikian. Semua pihak harus terbabit di dalam proses menangkis sebaran maklumat palsu termasuk ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan, ibu bapa, pihak sekolah dan peringkat Universiti Awam/ institusi pengajian tinggi swasta.

Kita tidak mahu satu ketika nanti rakyat langsung tidak percaya kandungan media sosial walhal ada maklumat yang baik untuk dikongsi. Sama-samalah kita fikirkan.

 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia