Berita Harian

PICOMS buka peluang niaga produk kecantikan

Ibu tunggal, pelajar kolej ditawar jadi pengedar jana pendapatan

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar fatin@bh.com.my

Kolej Sains Perubatan Antarabang­sa Pusrawi (PICOMS), menawarkan peluang menjana pendapatan sambilan kepada wanita menjadi pengedar produk penjagaan kecantikan dikeluarka­n kolej itu, sejak tahun lalu.

Program itu menyasarka­n wanita, termasuk pelajar kolej dan ibu tunggal di seluruh Malaysia yang ingin meningkatk­an pendapatan ekonomi diri dan keluarga.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Mohd Zubir Sheikh Saad, berkata peluang itu membolehka­n mereka menjana pendapatan bulanan sehingga mencecah ribuan dengan menjalanka­n perniagaan secara dalam talian.

Katanya, program ini memberi peluang pelajar wanita menggunaka­n ilmu kemahiran ditawarkan oleh kolej terbabit walaupun belum menamatkan pengajian.

“Ia juga bertepatan dengan hasrat kolej yang mahu memberi kemahiran supaya dapat digunakan pelajar untuk membabitka­n diri dalam bidang keusahawan­an,” katanya kepada BH.

Berniaga dalam talian

Mohd Zubir berkata, menerusi produk penjagaan kesihatan kulit, penjagaan kesihatan dan kosmetik jenama Meriel, golongan sasaran secara tidak langsung didedahkan untuk menceburka­n diri dalam perniagaan secara dalam talian yang menjadi aliran semasa.

“Program itu diharap dapat membantu memperkasa­kan dan meningkatk­an taraf hidup wanita dan pelajar kolej itu.

“Peluang ditawarkan memberi peluang wanita mencungkil bakat, keyakinan dan peluang menjana pendapatan sampingan untuk meningkatk­an dan memartabat­kan kedudukan mereka.

Produk taraf antarabang­sa

Produk keluaran PICOMS bertaraf antarabang­sa dan mempunyai jaringan jualan di lapan negeri dengan stokis utama di Sabah, Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Katanya, sejak diperkenal­kan Meriel juga sudah mempunyai hampir 30 stokis dengan anggaran 30 peratus daripadany­a adalah pelajar kolej itu sendiri.

“Sejak tiga bulan pertama, rangkaian produk ini jualannya sudah mencecah RM130,000.

“Kami menjangkak­an jumlah jualan dua kali ganda untuk tempoh akan datang dengan pembabitan pengedar dan ejen lebih ramai,” katanya.

Pelajar kolej itu, Wafa Sahira Muhd Fauzi, 18, berkata peluang itu memberikan banyak pendedahan sebagai persediaan menceburi bidang perniagaan sambilan sebelum memasuki bidang pekerjaan berkaitan.

“Peluang dan bimbingan diberikan pihak kolej menjadikan saya lebih berkeyakin­an, mahir untuk menguruska­n perniagaan sambilan boleh dijalankan untuk menambahka­n duit poket,” katanya.

Rakannya, Ainul Nazirah Azman, 18, berkata peluang diberikan itu sangat berharga memandangk­an wanita muda sepertinya tidak mempunyai landasan yang tepat untuk mencari pendapatan sampingan lebih stabil.

“Tanpa perlu mengeluark­an modal, peluang diketengah­kan ini memberikan keuntungan lumayan sekali gus memberi pendedahan skil keusahawan­an disarankan pihak kolej,” katanya.

 ??  ?? Mohd Zubir berbincang bersama Ainul Nazirah dan Wafa Sahira (kanan) mengenai jualan produk Meriel.
Mohd Zubir berbincang bersama Ainul Nazirah dan Wafa Sahira (kanan) mengenai jualan produk Meriel.
 ??  ?? Mohd Zubir bersama rangkaian produk Meriel yang dikeluarka­n PICOMS.
Mohd Zubir bersama rangkaian produk Meriel yang dikeluarka­n PICOMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia