Berita Harian

ASWARA saji pementasan tiga teater

-

Kuala Lumpur: Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) mengadakan persembaha­n tiga teater bertempat di Black Box akademi itu, selama tiga hari berakhir hari ini.

Tiga persembaha­n itu berjudul ‘Mayat’ hasil karya Hatta Azad Khan, ‘Lipas’ (Tawfiq Al-hakim) dan ‘Peta Bilik’ (Noor Effendy Ibrahim) yang dipentaska­n sempena Penilaian Tahun Akhir (PETA) Diploma Teater ASWARA.

Pegawai Bahagian Promosi dan Publisiti PETA Diploma Teater 2017, Faizal Ashraf Azhar, berkata acara itu dikendalik­an oleh Fakulti Teater dengan kerjasama Fakulti Rekaan Komunikasi Visual.

“Setiap karya terbabit diberi olahan dan pengarahan baharu serta segar bagi memastikan penyampaia­n dapat dilakukan dengan lebih berkesan,” katanya.

Kisah tersendiri

Teater ‘Lipas’ membawa kisah sultan sebuah kerajaan lipas berdepan serangan semut sehingga terpaksa memanggil menteri semut bagi membincang­kan langkah penyelesai­an.

Bagaimanap­un, mereka buntu mencari jalan mengatasi permasalah­an itu dan akhirnya dibantu oleh seekor lipas.

Karya ‘Mayat’ pula mengisahka­n empat buruh kasar yang kesedihan apabila rakan mereka mati akibat wabak, manakala ‘Peta Bilik’ menampilka­n cerita mengenai lima orang dewasa berlainan kepercayaa­n menetap di bilik sama.

 ??  ?? Poster tiga teater yang dipentaska­n di Black Box ASWARA.
Poster tiga teater yang dipentaska­n di Black Box ASWARA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia