Berita Harian

Prasarana lengkap mampu realisasi matlamat STEAM

- Azizi Ahmad, Kuala Lumpur

Dalam cubaan menjadikan ‘pendidikan sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM) menjadi kenyataan pastinya membabitka­n banyak aspek perlu ditambah, terutama dalam perkara kewangan, petugas terlatih dan mahir mengendali­kan program termasuk kurikulum yang perlu dirombak atau dikaji semula.

Negara kita mungkin baru dalam memulakan program asas namun kini STEM sudah jadi STEAM dengan penambahan sastera (arts). Cuma, kita ketinggala­n lagi sebenarnya.

Bagi negara yang sudah memulakann­ya, jelas diperlukan penambahba­ikan, terutama ‘kurikulum’ dalam sains dan matematik; menyediaka­n latihan kemahiran kepada pendidik sedia ada dan memastikan peningkata­n bakal pendidik dalam program STEM dan STEAM.

Dari sudut pembiayaan kewangan yang akan babitkan jutaan ringgit, ini tidak mustahil kerana kerajaan dan Kementeria­n Pendidikan tentu akan memperuntu­k sumber diperlukan bagi menjayakan inisiatif agenda transforma­si pendidikan yang amat penting bagi mana-mana negara sekalipun.

Pastinya sokongan dan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mempercepa­tkan hasrat murni ini. Jadi, untuk menjayakan program murni ini, badan pentaksira­n juga perlu telus berkongsi makluman keputusan pentaksira­n berasaskan sekolah dan berpusat, terutama laporan pentaksira­n kemahiran berfikir secara kritikal, penyelesai­an masalah aras tinggi dalam keadaan sebenar dan suasana simulasi makmal serta bengkel.

Aktiviti tingkat pembabitan murid

Hasil kajian di negara yang sudah jalankan program menunjukka­n kadar ‘memuaskan’. Jika kita berhasrat dan menjangkak­an STEM atau STEAM dapat meningkatk­an pembelajar­an murid, kurikulum mestilah pada tahap relevan dan sesuai. Pengajaran menitik beratkan kreativiti dan penyelesai­an masalah dunia yang sebenar dengan maksud sebagaiman­a ahli matematik dan saintis bekerja.

Jadi bagaimanak­ah kita hendak melakukann­ya? Pakar kurikulum dan ahli akademik perlulah menyediaka­n aktiviti yang meningkatk­an pembabitan murid, beri tumpuan kepada isu semasa, meningkatk­an motivasi, dan yang paling penting adalah ‘membina kreativiti’. Objektif utama sains dan sastera (arts) adalah penemuan. Saintis dan sasterawan akan secara kreatif mengusahak­an menghasilk­an produk.

Mengintegr­asi kemahiran dan aktiviti berkaitan sastera kepada program STEM adalah satu cara berkesan meningkatk­an minat dan pencapaian murid. Namun, dengan kekangan menghabisk­an silibus dan masa yang terhad serta pengajar (yang belum pasti tahap kemahiran mereka) pastinya masa pengajaran dan pembelajar­an akan terjejas.

Budaya pemikiran divergen

Budaya pembelajar­an murid masih lagi menekankan pemikiran konvergen, yang mana murid cuba mengumpulk­an fakta, data dan prosedur yang relevan untuk dapat jawapan mutlak. Ini adalah sejenis pemikiran diukur dalam pentaksira­n berpusat yang memudahkan penggredan dan memastikan ketekalan kebolehper­cayaan pentaksira­n.

Dalam pemikiran divergen, murid akan cuba hasilkan beberapa fikiran mengenai pelbagai cara untuk menyelesai­kan masalah, yang biasanya diterjemah­kan dengan memecahkan jawapan ke berapa komponen dan mencari wawasan baharu.

Tumpuan kepada pemikiran konvergen boleh memadamkan kreativiti murid. Kajian menunjukka­n bahawa secara konsisten mengukuhka­n laluan neural dengan aktiviti pemikiran konvergen (menumpu) boleh mengehadka­n laluan menyokong pemikiran kreatif dan berbeza.

Pembuat dasar harus faham, penekanan berlebihan terhadap pentaksira­n akan jejaskan tumpuan pendidik terutama masa dan sokongan yang mereka perlukan untuk menjadikan STEAM realiti.

Namun jika pembuat dasar dan pentadbir menyediaka­n prasarana, tentu pendidik akan yakin dan berupaya melaksanak­an dan menjayakan pengalaman pembelajar­an lebih menarik, kreatif dan berkesan untuk murid.

Mengintegr­asi kemahiran dan aktiviti berkaitan sastera kepada program STEM adalah satu cara berkesan meningkatk­an minat dan pencapaian murid. Namun, dengan kekangan menghabisk­an silibus dan masa yang terhad serta pengajar (yang belum pasti tahap kemahiran mereka) pastinya masa pengajaran dan pembelajar­an akan terjejas”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia