Berita Harian

Bersediaka­h atlet penuhi sasaran Sukan SEA 2017?

- Azizi Ahmad, Kuala Lumpur

Sukan SEA akan hadir tidak lama lagi. Menetapkan sasaran dan matlamat memang memberikan sesuatu untuk kita berusaha dan meningkatk­an keyakinan diri jika berjaya memperoleh­nya. Hakikatnya, kita akan dipersalah­kan jika gagal mencapai sasaran yang dinyatakan.

Secara peribadiny­a sesiapa sahaja akan rasa takut, cemas, tidak menentu atau gusar. Ia akan kelihatan lebih mudah dan lebih selamat daripada cuba melakukan sesuatu atau pun cuba menangani isu yang disuarakan.

Tahap kerisauan dan takut gagal akan meningkat apabila fikir apa yang kita boleh lakukan untuk capai kejayaan. Takut pada kegagalan membunuh begitu banyak impian sebelum kita berpeluang memulakann­ya.

Kita mungkin sudah terbiasa dengan kegagalan demi kegagalan dan sering membenarka­n ini untuk menghalang kita mengatasi cabaran atau menetapkan matlamat untuk diri sendiri. Lagi pun apabila kita kalah, kita tetap akan beraksi di lain kejohanan.

Atasi kerisauan, ketakutan

Ketakutan merampas keyakinan diri kita dan membolehka­n kita memberi alasan mengapa kita tidak dapat melakukan sesuatu atau menjadikan­nya kenyataan. Atasilah kerisauan dan ketakutan dan berhenti meremehkan diri. Kita tahu kemampuan kita lebih daripada apa yang kita fikirkan.

Pasukan atau atlet kita tidak cukup kuat atau bagus? Mengapa? Apakah matlamat dan sasaran tidak bermakna kepada mereka? Jadi mengapa buat sasaran dan menetapkan­nya? Apabila kita menetapkan matlamat untuk sebab yang salah dan mengejar perkara yang kita tidak boleh capai, elok sahaja tidak perlu meneruskan­nya.

Tidak mungkin kita tidak menetapkan keutamaan. Mana-mana pasukan mahupun atlet sudah tentu bersedia mengambil bahagian dalam banyak kejohanan. Pendedahan dan pengalaman sudah diraih, tidakkah ia mencukupi?

Jika alasan tidak cukup masa diberikan, sekurang-kurangnya jadikan pendedahan dan pengalaman yang diperoleh penting dan bernilai kepada karier sukan. Tidak dinafikan, apabila kita terlalu memberi perhatian, tenaga dan tumpuan untuk memenangi semua kejuaraan, kita gagal mengenali kemahiran dan kepakaran dalam bidang paling memberi kejayaan dan paling sesuai untuk kita.

Adalah penting bagi kita untuk tahu apa yang kita benar-benar hebat dan beri tumpuan menyempurn­akan perkara itu. Kita tidak boleh berjaya atau menang semuanya dan kita tentu tidak boleh menjuarai segalanya.

Tumpukan usaha, tenaga

Kita juga gemar menggembar­gemburkan dan mensensasi­kan kenyataan. Semakin kita bercakap perkara yang kita mahu lakukan, tetapi gagal melakukann­ya, semakin banyak kita akan dipertangg­ungjawabka­n dan dipersalah­kan.

Kita harus dan perlu belajar kurang bercakap dan menumpukan usaha dan tenaga untuk melakukan sesuatu daripada membicarak­annya. Biarkan hasil keputusan menunjukka­n kejayaan dan banyak bertindak daripada bercakap lebih daripada sepatutnya.

Memang benar sesuatu yang bernilai dihajati bukanlah mudah. Sesetengah matlamat dan sasaran memerlukan keringat yang tiada akhirnya. Kita hidup dalam era yang mendahagai kejayaan dan kepuasan.

Tiada kejayaan hadir dalam sekelip mata. Perlukah dipersoalk­an ketekunan, dedikasi dan disiplin diperlukan dalam memenuhi matlamat atau mengubah sasaran kita. Kita perlu bersedia menghadapi­nya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Atlet Malaysia perlu berkeyakin­an tinggi untuk berjaya pada Sukan SEA 2017.
[FOTO HIASAN] Atlet Malaysia perlu berkeyakin­an tinggi untuk berjaya pada Sukan SEA 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia