Berita Harian

Tiga pelajar POLISAS terima biasiswa RM100,000

Keyakinan PKT Logistics Group bukti kualiti graduan politeknik

- Oleh Nik Sukry Ramli

Tiga pelajar cemerlang Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) menerima biasiswa bernilai RM100,000 setiap seorang sumbangan PKT Logistics Group Sdn Bhd.

Mereka ialah Aisyah Azim, Sucia Zuliza Fahmi Fong dan Noor Atasha Farina Abdul Malik yang juga pelajar Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan, Jabatan Perdaganga­n politeknik itu.

Pengarah POLISAS, Norlida Abd Razak berkata, keyakinan PKT Logistics Group Sdn Bhd untuk terus menawarkan biasiswa kepada pelajar politeknik itu tiga tahun berturut-turut membuktika­n kualiti pelajar dihasilkan POLISAS.

“Selain merancakka­n hubungan dengan pemain industri, kami di POLISAS sentiasa berusaha memantapka­n proses pengajaran dan pembelajar­an untuk semua pelajar.

“Banyak pencapaian diperoleh POLISAS sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, antaranya pembabitan pelajar dalam pertanding­an inovasi Duta Jauhar 4.0 yang berlangsun­g di Segamat, Johor, melalui projek Aquaponik bermula April lalu.

Konvokesye­n Ke-38

“Seorang pelajar, Nurul Jannah Abdullah, pula muncul Johan Pidato pada Festival Debat dan Pidato Politeknik Malaysia 5.0 Piala Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Konvokesye­n

 ?? [FOTO MUHD ASYRAF SAWAL/BH] ?? Wajah ceria penerima anugerah cemerlang pada majlis Konvokesye­n Ke-38 Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, semalam.
[FOTO MUHD ASYRAF SAWAL/BH] Wajah ceria penerima anugerah cemerlang pada majlis Konvokesye­n Ke-38 Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia