TRK habitat lebih 40 spesies unggas

Orang ramai bimbang pembanguna­n Taman Rimba Kiara hapus fauna semula jadi

Berita Harian - - HALAMAN KOTA - Oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar [email protected] Kuala Lumpur

Desakan orang ramai supaya cadangan pembanguna­n di kawasan Taman Rimba Kiara (TRK), di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, tidak diteruskan, bukan sekadar bimbang terhadap kesan ditimbulka­n, tetapi juga gangguan kepada habitat fauna yang terdapat di situ.

Ini kerana, kawasan rimba rekreasi itu dikesan menjadi habitat lebih 40 spesies unggas termasuk beberapa spesies burung pemangsa.

Pembanguna­n di kawasan itu dibimbangi menyebabka­n kawasan kanopi Taman Rimba Kiara yang menjadi kawasan unggas berkenaan singgah tidak lagi mampu menyediaka­n habitat yang sesuai.

Antara burung yang dikesan mendiami kawasan taman itu adalah burung pemangsa, Helang Sewah Besar (Crested Goshawk) dan spesies burung tempatan seperti Punai Gading (Treron Vernans), Kelicap Mayang Kelapa (Anthreptes Malacesis) dan Kelicap Bukit (Cinnyris Jugularis) selain menjadi kawasan persinggah­an beberapa spesies burung migrasi seperti burung Jalak Daurian (Sturmus Sturninus).

Populasi burung terjejas

Koordinato­r My Garden Birdwatch (MYGB), Lim Bing Yee, berkata pokok yang terdapat di kawasan berkenaan tidak seharusnya ditebang untuk pembanguna­n kerana ia mengakibat­kan penurunan jumlah populasi burung kerana gangguan dan kemusnahan habitat.

“Sejak beberapa tahun lalu, TRK menjadi lokasi yang sangat baik bagi kumpulan pemulihara­an MYGB, kerana ia menjadi habitat kepada pelbagai spesies burung tempatan dan migrasi.

“Menyedihka­n jika DBKL ambil mana-mana bahagian taman ini untuk pembanguna­n, bukan sahaja burung akan mengalami kemusnahan habitat malah memberi kesan untuk jangka masa panjang kepada kestabilan ekosistem,” katanya.

Katanya, TTDI dan kawasan lain di sekitar bandar raya ini memerlukan lebih banyak kawasan hijau.

MY garden Birdwatch adalah sebuah projek pemulihara­an di bawah Majlis Pemulihara­an Burung, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).

Cadangan pembanguna­n di kawasan TRK mendapat bantahan orang ramai sejak dua tahun lalu yang bimbang ia akan menjejaska­n kawasan taman awam berkenaan yang juga antara kawasan hijau di bandar raya ini.

Sukarelawa­n MYGB, Tashia Peterson, berkata kawasan taman berkenaan perlu dilindungi kerana ia mempunyai kanopi yang padat dengan sumber makanan selain berpotensi menjadi hab persinggah­an bagi kumpulan burung bandar di Kuala Lumpur.

“Kawasan bandar raya ini kurang kawasan hijau, maka menjaga kelestaria­n tempat ini amat penting dan perlu dipelihara supaya ia mampu menjadi habitat bagi burung tempatan serta menjadi kawasan persinggah­an bagi burung migrasi.

“Malah, amat mengejutka­n apabila terdapat beberapa penampakan burung eksotik seperti Kenyalang Oriental Pied (Anthracoce­ros albirostri­s). Penemuan ini penting yang menunjukka­n tahap ekosistem flora dan fauna yang sihat di sini,” katanya

Lokasi pemerhatia­n burung

Katanya, TRK juga adalah kawasan aktif bagi pemerhati burung selain menjadi lokasi kawasan latihan memerhati burung bagi sukarelawa­n persatuan itu.

Sementara itu, Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), SM Mohamed Idris ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan cadangan DBKL mengambil sebahagian taman awam berkenaan kerana ia akan menggugat habitat flora dan fauna di situ.

“SAM menyedari kawasan taman awam berkenaan aktif dengan populasi burung tempatan dan migrasi. Kawasan berkenaan sepatutnya dibiarkan terus menjadi kawasan hijau (green lung) di kawasan bandaraya itu. Kita perlukan lebih banyak kawasan hijau bukan memusnahka­nnya.

“Sebagai persatuan yang berjuang untuk pemelihara­an alam, kami menentang tindakan manamana pihak yang memusnahka­n kawasan hijau untuk pembanguna­n.” katanya.

[FOTO IHSAN ROSELYN CHUAH]

Spesies Helang Sewah Besar juga sering dilihat dan dipercayai membiak di kawasan kanopi Taman Rimba Kiara.

Aktiviti memerhati burung oleh persatuan MY Garden Birdwatch dibawah Majlis Pemulihara­n Burung, Persatuan Pencinta Alam Malaysia di Taman Rimba Kiara, Kuala Lumpur.

Burung eksotik dari spesies kenyalang, Kenyalang Oriental Pied yang dapat dilihat di Taman Rimba Kiara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.