Berita Harian

Pemakanan mampu tingkat mutu sukan

-

Selepas 16 tahun, Ogos ini bakal menyaksika­n Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah kepada temasya Sukan SEA. Ini kali keenam Malaysia menjayakan temasya Sukan SEA dengan menampilka­n 874 atlet yang akan bertanding dengan hampir 5,000 atlet ASEAN.

Pastinya, Malaysia akan menumpukan perhatian kepada sukan kegemaran yang selalu membawa pulang pingat emas seperti badminton, acara terjun dan lumba basikal.

Pelbagai usaha dilaksanak­an dalam membangunk­an sukan di Malaysia yang menampakka­n hasil. Beberapa atlet Malaysia sudah pun menempah nama pada peringkat dunia, tetapi masih banyak belum mampu ke peringkat itu, mahupun di rantau Asia.

Sememangny­a saiz fizikal peranan penting dalam beberapa jenis sukan seperti olahraga, renang dan bola keranjang. Melihat ketinggian beberapa atlet dan pemain bertaraf dunia yang lain seperti Usain Bolt (195 sentimeter sm), Michael Phelps (193sm) dan James Lebron (203sm), adakah saiz dan ketinggian rakyat Malaysia menjadi penghalang menerajui acara sukan ini?

Di Malaysia, data Kementeria­n Kesihatan Malaysia 2014 menunjukka­n purata ketinggian orang dewasa Malaysia berumur 18 hingga 59 tahun adalah 161sm, dengan ketinggian lelaki dan wanita masingmasi­ng pada 167sm dan 155sm.

Sebagai perbanding­an antara negara ASEAN, purata ketinggian lelaki adalah antara julat 160 hingga 170sm. Di Asia pula, purata ketinggian lelaki adalah 172.1sm di Jepun dan China, sementara 174.3sm di Korea Selatan.

Ini hanya jumlah purata dan mewakili sebahagian penduduk dunia. Pelbagai analisis statistik dijalankan untuk mengkaji ketinggian penduduk dunia, termasuk Malaysia. Sekumpulan saintis di bawah projek NCD Risk Factor Collaborat­ion (NCDRISC) menganalis­is ketinggian penduduk dunia dengan membanding­kan ketinggian purata pada 1896 dan 1996.

Diet pemakanan

Kajian mendapati berlaku pertambaha­n ketinggian tertinggi dalam tempoh 100 tahun kalangan wanita di Korea Selatan dengan pertambaha­n purata lebih kurang 20.2sm dan lelaki Iran, 16.5sm. Antara tertinggi dalam tempoh 100 tahun lalu adalah lelaki Belanda.

Secara purata, perbezaan antara tertinggi dan terendah adalah dalam lingkungan 19 hingga 20sm. Dalam kajian sama, perbezaan 100 tahun untuk purata ketinggian lelaki di Malaysia meningkat daripada 157.6sm pada 1896 kepada 167.9sm pada 1996.

Ketinggian serta fizikal kebanyakan­nya adalah bergantung kepada faktor genetik. Namun, faktor persekitar­an seperti pemakanan juga boleh menambah ketinggian serta saiz fizikal seseorang.

Kajian menunjukka­n kesan pemakanan terhadap tahap perkembang­an ketinggian. Secara amnya, diet berasaskan nasi, bijirin dan susu memberi kesan berbeza kepada ketinggian manusia.

Di Asia, tumpuan kepada pemakanan berasaskan nasi dan penggunaan protein serta tenaga yang sangat rendah mendapati kawasan ini mempunyai tahap ketinggian terendah antara 162 hingga 168sm.

Di negara bijirin serta protein tumbuhan menjadi makanan asas seperti di Afrika Utara ketinggian adalah pada tahap sederhana tetapi tidak melebihi 174sm. Di negara pemakanan berasaskan protein serta produk tenusu seperti di Eropah Utara dan Tengah, tahap ketinggian fizikal secara amnya adalah tertinggi, dengan purata tertinggi di Belanda (184sm).

Kualiti pemakanan juga dipe ngaruhi tahap pendapatan. Sering kita mendengar keluhan kos sara hidup terutama kos makanan yang meningkat. Tahap pendapatan rendah adalah sinomim dengan kualiti pemakanan yang tertumpu kepada nasi dan kurang kepada pemakanan seimbang. Secara amnya, 93.7 peratus kanakkanak dan 81.7 peratus orang dewasa tidak memenuhi keperluan untuk tiga bahagian sayuran harian seperti disarankan.

Untuk buahbuahan, 51.7 peratus kanakkanak dan 59.1 peratus orang dewasa tidak memenuhi dua bahagian yang dicadangka­n. Rakyat Malaysia juga kurang mengambil protein daripada produk tenusu. Sebanyak 73.6 peratus orang dewasa tidak memenuhi keperluan 1 3 bahagian tenusu sehari.

Perkara lagi membimbang­kan, lebih 81.5 peratus kanakkanak tidak memenuhi keperluan susu harian. Berkemungk­inan, antara penyebab utama adalah budaya dan selera.

Apa yang perlu diberi perhatian khusus adalah kadar kurang berat untuk kanakkanak di bawah lima tahun, iaitu 12.4 peratus dan kadar pembantuta­n pula adalah 17.7 peratus.

Status pemakanan antara petunjuk utama terhadap status kesihatan keseluruha­n pada kanakkanak dan mungkin mempengaru­hi kesan kesihatan jangka panjang dalam kehidupan masa depan mereka.

Justeru, untuk Malaysia maju ke hadapan dan mencapai cogankata Olimpik, ‘lebih pantas, lebih tinggi, dan lebih kuat’ serta untuk meletakkan Malaysia sebagai negara yang sentiasa muncul di podium pingat sukan antarabang­sa, adalah penting untuk mengamalka­n pemakanan yang baik.

Besar kemungkina­n, kanakkanak yang mendapat pemakanan baik mampu menjadi bintang sukan bertaraf dunia pada masa akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia