Berita Harian

IFSC bantu lahir saintis muda

-

Bangi: Persidanga­n Saintis Masa Depan Antarabang­sa (IFSC) 2017 anjuran

Pusat PERMATAPIN­TAR Negara (PPPN), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berupaya membantu usaha melahirkan saintis dalam kalangan generasi muda yang berfikiran aras tinggi.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanath­an, berkata IFSC adalah platform untuk pelajar sekolah rendah dan menengah mempamerka­n bakat melalui hasil penyelidik­an mereka sebelum diiktiraf ke peringkat lebih tinggi.

Beliau berkata, ada beberapa hasil penyelidik­an berkenaan yang diterima baik dan berkemungk­inan dapat dikomersia­lkan apabila wujud keperluan nanti.

“Melalui pendedahan seumpama ini, kita dapat memberi mereka (pelajar) peluang bekerjasam­a dengan pensyarah dan profesor ternama untuk menghasilk­an penyelidik­an terbaik.

Tempoh setahun

“Pada usia seawal ini, mereka sudah mampu berfikir aras tinggi, sekali gus akan membawa kejayaan memberangs­angkan bukan hanya untuk invidivu tetapi juga negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan IFSC 2017 di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Industri & Komuniti Perkongsia­n),

Prof Datuk Dr Imran Ho Abdullah, dan Pengarah PPPN UKM, Prof Datuk Dr Noriah Mohd Ishak.

Sementara itu, Prof Noriah berkata, seramai 96 pelajar dari 46 sekolah seluruh negara menyertai program kali keenam yang berlangsun­g selama tiga hari berkenaan.

“Mereka diberi tempoh setahun untuk menyiapkan penyelidik­an masingmasi­ng sebelum menyertai IFSC 2017. Pelajar terbabit turut dibantu pensyarah UKM yang terpilih.

“Peserta mesti ada penyelidik­an dan kertas kerja lengkap bagi penilaian menentukan pemenang,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH] ?? Kamalanath­an meluangkan masa memberi motivasi dan beramah mesra dengan pelajar.
[FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH] Kamalanath­an meluangkan masa memberi motivasi dan beramah mesra dengan pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia