Berita Harian

12 pelukis tersohor jayakan ‘Beautiful Life’

-

Kuala Lumpur: Seramai 12 pelukis tersohor menjayakan pameran Beautiful Life yang sedang berlangsun­g hingga 27 Ogos depan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) di sini.

Pelukis terbabit ialah Yong Khek Cheong yang berkepakar­an dalam karya cat minyak, Lim Ka Seng (cat minyak/ cat air/akrilik), Loo Foh Sang (cetakan silkscreen), Tang Mun Kian (cat air/ akrilik), E S Tung (cat air/ cat minyak) dan Yong Look Lam (cat air).

Rai keindahan

Selain itu, Tan Sik Yaw

(cat minyak/cat air), June Yap (cat minyak/gabungan media), Jade Leong dan Choo Sew Ling (cat minyak/akrilik), Terrie Liew (berus Cina/cat air) serta Yon Chuk Yim (kaligrafi/berus Cina).

Pameran bertujuan meraikan keindahan dalam kehidupan yang adakala dipandang ringan, sekali gus memberi peringatan bahawa pemandanga­n biasa akan kelihatan lebih indah jika seseorang itu menghargai keunikanny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia