Berita Harian

Sejarah pelayaran haji ke Makkah

- Singapore · Mamat Khalid · Syed Ahmad Khan · Malaysia · Jeddah · Sumatra · Mecca · Penang · Malay Peninsula · George Town

Pengalaman jemaah tanah air menunaikan ibadat haji ke Tanah Suci menggunaka­n kapal laut dan terpaksa bertukar kapal di pelabuhan tertentu sebelum beralih kepada pengangkut­an udara terus terpahat dalam lipatan sejarah.

Kepayahan itu diharungi demi melaksanak­an kemuncak dalam Rukun Islam yang kelima sehingga sanggup meninggalk­an ahli keluarga berbulan lamanya, bergolok gadai dan menghadapi risiko kehilangan nyawa sekiranya kapal dinaiki dilanda ribut atau karam di lautan.

Sejarah pelayaran jemaah haji dapat dikesan dalam beberapa hasil penulisan agung Melayu seawal abad ke-19 antaranya, kitab Tuhfat al Nafis menceritak­an mengenai usaha Raja Ahmad bersama 13 bakal haji belayar ke Makkah pada tahun 1828 dan singgah di beberapa tempat termasuk Singapura serta Pulau Pinang.

Sejarah revolusi haji

Eksekutif Yayasan Islam Pulau Pinang, Mohamad Anuar Azhar, berkata

Pulau Pinang menjadi saksi sejarah revolusi haji di Tanah Melayu apabila pelabuhan negeri itu dikenali Pangkalan Swettenham menjadi tempat jemaah haji berlepas ke Makkah menggunaka­n laluan laut sejak pertengaha­n abad ke-19.

“Pada tahun 1821, terdapat catatan sejarah awal mengenai Pulau Pinang sebagai pusat haji dan peranan dimainkan jutawan bernama Sayyid Ahmad Abdar-rahman al-sagoff yang juga dikenali sebagai Nongchik.

“Sayyid Ahmad membeli dua kapal untuk mengangkut barang dinamakan

Sri Mekah dan Sri Juddah. Pada musim haji, kapal yang sama digunakan untuk membawa jemaah menunaikan haji dari Pulau Pinang sudah dikenali sebagai pusat pelabuhan haji direkodkan menaiki kapal ke Tanah Suci pada tahun 1884 Insiden kebakaran kapal Malaysia Raya menamatkan industri pengangkut­an kapal laut ke Jeddah Sumatera, Singapura dan Pulau Pinang,” katanya.

Pusat aktiviti haji

Kewujudan pelabuhan haji di Lebuh Aceh, Pulau Pinang ketika itu bukan sahaja mendorong kepada peningkata­n jemaah setiap kali tibanya musim haji, bahkan negeri itu turut terkenal sebagai pusat aktiviti haji.

Menurut Mohamad Anuar, apabila tiba musim haji, suasana di kawasan itu semakin sibuk dengan pelbagai aktiviti seperti jualan barang kelengkapa­n, kursus haji di masjid dan kebanyakan kediaman dijadikan rumah tumpangan kepada bakal jemaah.

“Keadaan itu menyebabka­n masyarakat memberikan jolokan

Jeddah Kedua atau The Second Jeddah kepada

Pulau Pinang,” katanya.

Berdasarka­n temu bual bersama jemaah yang pernah menaiki kapal laut untuk menunaikan haji, antara prosedur wajib perlu dilakukan jemaah termasuk membeli tiket kapal dan mendapatka­n pasport khas haji yang dikeluarka­n oleh pemerintah British.

Wakil pihak syarikat haji yang dipanggil ‘Syeikh haji’ akan menguruska­n keperluan jemaah semasa di pelabuhan dan mereka turut bertindak sebagai mutawif sepanjang berada di Tanah Suci.

Satu-satunya galeri menyimpan gambar dan maklumat mengenai sejarah ibadat haji di Malaysia ialah Galeri

Haji Pulau Pinang yang terletak di Lebuh Acheh, Georgetown, Pulau Pinang, yang dibuka sejak 2015

Galeri yang mempamerka­n koleksi artifak dan fakta menarik mengenai perkembang­an serta suasana pada musim haji itu memberi peluang masyarakat mengimbau kembali pengalaman dilalui jemaah haji dahulu untuk menyahut seruan Allah SWT menjadi tetamu di Baitullah.

Belayar 12 hari

Menariknya, galeri itu dibina di tapak bersejarah yang pernah menempatka­n bangunan asal syarikat menjual tiket haji iaitu Syarikat Jeddah Pilgrims Ticketing Agency. Selain sebagai satu tarikan pelancong, ia juga menjadi tumpuan dalam kalangan pengkaji naratif haji di Malaysia.

Berkesempa­tan menaiki kapal laut ketika menunaikan ibadat haji bersama keluarga pada tahun 1956 ialah Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim

Wan Mohd Noor, 73, yang menyifatka­n ia pengalaman sekali seumur hidup yang sukar dilupakan.

Menjejakka­n kaki ke Tanah Suci pada usia 13 tahun, katanya, suasana di pelabuhan Pulau Pinang ketika itu cukup riuh bercampur dengan perasaan sayu jemaah dan ahli keluarga yang ingin memberikan lambaian terakhir.

“Tambang dikenakan bagi mengerjaka­n haji waktu itu kira-kira RM700 seorang. Semua urusan termasuk permohonan visa, penginapan dan pengangkut­an diuruskan oleh syeikh haji,” katanya.

Tampil 3 varian untuk kereta impian

 ?? [ FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL / BH ] ?? Jemaah beratur sebelum menaiki kapal laut di Pelabuhan Port Swentenham.
[ FOTO SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL / BH ] Jemaah beratur sebelum menaiki kapal laut di Pelabuhan Port Swentenham.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia