Berita Harian

Atlet cekal PDRM

Gembira dapat penuhi cita-cita sejak kecil untuk menjadi anggota polis

- Oleh Jumiati Rosly

Di sebalik personalit­inya yang lemah lembut, Jupha Somnet memilih untuk meneruskan impian zaman kanakkanak­nya untuk menjadi anggota polis.

Baru sahaja bergelar Koperal selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan pada penghujung April lalu, Jupha berkata dia mencabar dirinya sendiri dan berjaya melepasi tempoh latihan rekrut selama enam bulan di Pulapol Segamat, Johor bermuka Oktober tahun lalu.

“Sepanjang tempoh latihan, banyak pengalaman yang tak dapat dilupakan dan antara yang paling saya suka adalah apabila dapat belajar menembak dan berlari bersama-sama satu kumpulan yang ada kalanya sejauh 20 kilometer.

“Penat memanglah penat dengan kaki saya bengkak ketika dalam latihan tetapi semua perkara ini membantu saya untuk menjadi lebih cekal dalam menghadapi ujian hidup,” katanya.

Bertugas di Bukit Aman

Selain perlu berambut pendek sepanjang menjalani latihan, Ju Pha berkata dia gembira apabila dapat berkenalan dengan rakan baru.

“Sebelum ini dunia saya sering di kalangan atlet sahaja. Ketika dalam rekrut, saya dapat berkenalan dengan ramai kawan baru yang mempunyai minat yang sama sebagai polis,” katanya.

Jupha berkata dia turut berpeluang mempelajar­i seni mempertaha­nkan diri judo dan juga berenang sepanjang tempohnya di Pulapol.

“Kalau nak ikutkan keluarga saya tiada yang berkhidmat sebagai anggota polis cuma ayah saya berkhidmat sebagai askar.

“Saya gembira apabila dapat memenuhi impian saya sejak kecil untuk menjadi anggota polis,” katanya yang akan bertugas di bawah Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman selepas ini.

 ?? [ FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Jupha menjalani latihan menembak ketika di Pulapol Segamat.
[ FOTO IHSAN PEMBACA] Jupha menjalani latihan menembak ketika di Pulapol Segamat.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Jupha bakal beraksi dalam acara omnium.
Jupha bakal beraksi dalam acara omnium.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia