Berita Harian

Daiyan kikis imej keanak-anakan

Pelakon Dee The Series mahu tampil matang untuk teroka peluang lebih besar

- Oleh Hidayah Mohammad

Kemunculan­nya dalam drama rantaian, Dee The Series yang disiarkan Astro Ceria membuatkan gadis kecil molek ini masih dianggap remaja sedangkan usia penyanyi dan pelakon ini sudah mencecah 24 tahun.

Daiyan atau nama sebenarnya, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin berkata, sudah tiba masa untuk dia bergerak lebih agresif, sekali gus berusaha menarik perhatian peminat matang bersesuaia­n dengan usianya kini.

“Saya tidak mahu lagi terikat dengan imej keanak-anakan, tetapi tidak juga mahu dilihat terlalu matang kerana masih muda. Disebabkan itu, saya mula beralih dengan menghasilk­an lagu balada kerana ia sesuai didengar semua kelompok peminat.

“Begitu juga dengan lakonan, saya mula mencari watak yang bersesuaia­n dengan usia. Saya mahu memperluas­kan lagi kelompok peminat dan tampil dengan imej matang kerana ingin mencari peluang lebih besar di luar,” katanya.

Bakat Daiyan mula dikesan selepas kerap memuat naik video nyanyianny­a di laman Youtube pada usia 16 tahun. Namanya semakin bersinar terutama dalam kalangan penonton cilik selepas membintang­i drama Dee The Series dan Dee Telemovie.

Daiyan juga pernah bernaung di bawah pengurusan Astro selama tiga tahun. Laluan penuntut jurusan Pengurusan Perniagaan di Universiti Insfrastru­ktur Kuala Lumpur, Bangi ini bagaimanap­un, bergerak suram apabila mengambil keputusan menguruska­n sendiri kerjaya seninya. Daiyan atau nama sebenarnya, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin berkecimpu­ng dalam dunia hiburan pada 16 tahun dan mula popular apabila memuat naik video nyanyianny­a menerusi Youtube sekitar 2009.

Single pertama dihasilkan Daiyan adalah Jatuh, disusuli Kau Tahu dengan kerjasama komposer Omar K dan Faizal Tahir.

Kau Tahu disifatkan Daiyan sebagai single istimewa kerana ia ditulis berdasarka­n pengalaman­nya bersama bekas kekasihnya.

Menghasilk­an single Inggeris, Stargazing pada pertengaha­n Julai lalu. Single itu diperkenal­kan serentak bersama muzik video menerusi Youtube.

Bekas penuntut Diploma Perakaunan di UITM, Lendu dan kini meneruskan pengajian pada peringkat ijazah dalam jurusan Pengurusan Perniagaan di Universiti Infrastruk­trur Kuala Lumpur, Bangi.

Akan muncul dengan filem

Buskers pada awal Januari depan.

Hanya selepas bernaung di bawah pengurusan Paranormal bermula awal tahun ini, kerjayanya kembali berkembang apabila menerima tawaran membintang­i filem Buskers dan drama rantaian, Coffee Prince.

“Kerjaya seni saya agak lambat berkembang biarpun sudah tujuh tahun mencuba nasib. Saya perlu membahagik­an fokus dengan pengajian dan itu antara sebab mengapa nama saya kurang menyerlah berbanding bakat baharu lain,” katanya.

Aktif hasilkan lagu

Selain berlakon dan menyanyi, anak kelahiran Selangor ini juga berbakat dalam penulisan lagu. Pernah menghasilk­an lagu seperti Kerana Kau, Jatuh dan Kau Tahu, Daiyan berkata, selepas keluar dari pengurusan Astro, minatnya lebih cenderung kepada penulisan lagu Inggeris seperti Stargazing dan Boy My Dream.

Kecenderun­gan itu, bagaimanap­un, tidak membataska­n keinginann­ya untuk terus menguasai pasaran Melayu. Sejak tahun lalu, Daiyan kembali aktif menulis lagu Melayu, malah merancang untuk tampil dengan album penuh tahun depan.

“Sebagai permulaan, saya bersama pengurusan akan memperkena­lkan single terbaru, Kita Manusia,

bulan depan,” katanya.

Menjadikan Yuna sebagai idola, Daiyan berkata, Kita Manusia dihasilkan dengan kerjasama komposer Omar K dan berkisar mengenai kehidupan insan yang sentiasa berdepan dengan cabaran.

“Saya mengambil masa sejam untuk menyiapkan lirik lagu itu. Ketika itu, saya sedang murung dan tertekan kerana berdepan masalah keluarga selain runsing memikirkan masa depan selepas mengambil keputusan bergerak sendiri.

“Kita Manusia ditulis untuk memberi semangat kepada mereka yang berdepan kesedihan dan kekecewaan supaya bangkit serta positif teruskan hidup,” katanya yang sedang menjalani praktikal dalam bidang pemasaran.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia