Berita Harian

Henti sabotaj ekonomi negara

Yang di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V bertitah supaya dihentikan serta-merta telahan, andaian tidak bertanggun­gjawab seolah-olah mahu melihat ekonomi negara runtuh dan bankrap. Minta rakyat tidak benarkan perbuatan seperti ‘marahkan nyamuk, kelambu dib

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim luqman.arif@bh.com.my

Yang di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V menitahkan semua pihak supaya hentikan serta-merta telahan dan andaian yang tidak bertanggun­gjawab, seolah-olah ingin melihat ekonomi Malaysia runtuh serta negara bankrap.

Baginda memberi amaran rakyat seharusnya ingat bahawa tindakan meranapkan kejayaan memang mudah, namun usaha untuk membangunk­an kembali sesebuah negara adalah amat sukar.

“Apakah kita sanggup melihat ekonomi Malaysia lumpuh dan negara hancur disebabkan tangan-tangan orang kita sendiri?

Prestasi ekonomi negara baik

“Oleh itu, rakyat seluruhnya jangan benarkan tangan-tangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar,” titah Yang di-pertuan Agong pada majlis sambutan Hari Keputeraan baginda di Istana Negara, semalam. Teks titah baginda diedarkan oleh Istana Negara.

Sultan Muhammad V bertitah, beberapa cabaran ekonomi global yang turut dirasai rakyat setakat ini berupaya ditempuh dengan penuh kesabaran dan kejayaan.

“Perkembang­an mutakhir itu menyaksika­n prestasi ekonomi negara berada dalam keadaan agak baik dan cemerlang, berdasarka­n petunjuk pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Beta ingin menzahirka­n rasa optimis terhadap peranan kerajaan, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran semasa.

“Menerusi mandat, sokongan dan dukungan rakyat, beta percaya kerajaan akan terus cekal serta tabah mengatur strategi bagi membolehka­n negara terus dihormati di persada antarabang­sa,” titah baginda.

Seri Paduka turut menyuaraka­n keyakinan bahawa rakyat sudah mempelajar­i dan mengambil iktibar daripada peristiwa di beberapa negara di seluruh dunia, terutama Asia Timur yang berdepan peperangan sehingga menyaksika­n insiden bermandika­n darah.

Sehubungan itu, baginda menitahkan rakyat supaya sentiasa menghargai usaha menjaga keamanan negara, selain tidak memandang remeh perjuangan dan keringat dicurahkan pasukan keselamata­n yang menyabung nyawa di perbatasan negara.

“Tanpa keamanan, tidak mungkin negara dan rakyat boleh berada dalam suasana stabil, sehingga memungkink­an pembanguna­n seperti yang dikecapi sekarang.

“Bagaimanap­un, rakyat harus berwaspada dengan perkembang­an negatif mutakhir ini, seiring kemunculan pengganas yang kian serius di seluruh dunia.

“Malaysia tidak terkecuali dengan ancaman ini, namun beta yakin anasir dan sel pengganas ini dapat diatasi hasil kerjasama rakyat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi lain,” titah baginda.

Sultan Muhammad V mahu rakyat dalam apa jua situasi, suasana, keadaan, sentiasa mensyukuri nikmat keamanan dan kedamaian yang dikecapi negara.

Perkukuh perpaduan

“Alhamdulil­lah, negara kita yang berdaulat ini bebas daripada gejala yang boleh mengganggu gugat keamanan dan kedamaian, bebas daripada kekacauan serta huru-hara,” titah baginda.

Yang di-pertuan Agong menaruh harapan terhadap rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan etnik akan terus melangsung­kan agenda perpaduan, kerukunan hidup, memelihara serta menyuburka­n perasaan serta sikap kemuafakat­an yang sekian lama dipupuk serta dibaja.

Menerusi mandat, sokongan dan dukungan rakyat, beta percaya kerajaan akan terus cekal serta tabah mengatur strategi bagi membolehka­n negara terus dihormati di persada antarabang­sa” Sultan Muhammad V, Yang di-pertuan Agong

 ??  ??
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Sultan Muhammad V berkenan bergambar bersama penerima darjah kebesaran pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n 2017 di Istana Negara, semalam. Yang turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak...
[FOTO BERNAMA] Sultan Muhammad V berkenan bergambar bersama penerima darjah kebesaran pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n 2017 di Istana Negara, semalam. Yang turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia