Berita Harian

Kuasa ampun Seri Paduka bukan mudah

-

Semalam kita mengadakan sambutan Hari Keputeraan rasmi Yang di-pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V dengan penuh gemilang. Bersempena sambutan itu, elok jika kita dapat mengingatk­an sesetengah rakyat Malaysia yang mungkin sudah terlupa mengenai kuasa dan kedudukan baginda seperti yang diperuntuk­kan Perlembaga­an Persekutua­n.

Wujud banyak peruntukan mengenai kuasa dan kedudukan Seri Paduka dalam Perlembaga­an. Kedudukan istimewa baginda selaku Ketua Utama Negara jelas termaktub dalam Perkara 32 yang menyebut baginda hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang dalam Persekutua­n dan tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di mana-mana mahkamah kecuali Mahkamah Khas.

Antara kuasa dan kedudukan baginda yang utama ialah sebagai Ketua Agama Islam (Perkara 3), pemerintah tertinggi angkatan tentera Persekutua­n (Perkara 41), pelindung kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Sabah dan Sarawak dan kepentinga­n sah kaum-kaum lain (Perkara 153) serta pengeluar suatu Proklamasi Darurat jika baginda berpuas hati darurat besar sedang berlaku menyebabka­n keselamata­n atau kehidupan ekonomi, atau ketenteram­an awam dalam Persekutua­n atau mana-mana bahagianny­a terancam (Perkara 150).

Kuasa besar Yang di-pertuan Agong juga terlihat dalam Perkara 40 (2) yang memperuntu­kkan baginda boleh bertindak menurut budi bicaranya bagi (a) melantik seorang Perdana Menteri, (b) tidak memperkena­nkan permintaan bagi pembubaran Parlimen, (c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewa­an, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu, dan dalam hal lain yang disebut dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Kuasa lantik Perdana Menteri

Selain kuasa budi bicara bagi melantik Perdana Menteri daripada kalangan seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaa­n majoriti Ahli Dewan Rakyat itu, baginda juga mempunyai banyak kuasa pelantikan lain.

Antaranya membabitka­n pelantikan Menteri-menteri atas nasihat Perdana Menteri (Perkara 43), 44 orang Ahli Dewan Negara (Perkara 45), anggota Suruhanjay­a Pilihan Raya selepas berunding dengan Majlis Raja-raja (Perkara 114), hakim Mahkamah Persekutua­n, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-raja (Perkara 122B), Panglima Angkatan Tentera (Perkara 137) dan Peguam Negara atas nasihat Perdana Menteri (Perkara 145).

Selaras dengan konsep Raja Berperlemb­agaan diamalkan di Malaysia, Perkara 40 (1) memperuntu­kkan bahawa Yang di-pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaiman­a diperuntuk­kan selainnya Perlembaga­an Persekutua­n.

Ekoran tindakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri waktu itu, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perkara 40 (1A) telah dimasukkan ke dalam Perlembaga­an Persekutua­n pada

1994 bagi memperuntu­kkan bahawa, jika Yang di-pertuan Agong dikehendak­i bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangk­an nasihat, baginda hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

Satu daripada kuasa Yang dipertuan Agong yang sering dipandang mudah sesetengah pihak adalah kuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang dibicaraka­n mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya seperti yang ada dalam Perkara 42.

Mengikut Perkara 42, kuasa baginda untuk memberi ampun kepada mana-mana pesalah ini hendaklah dijalankan mengikut nasihat Lembaga Pengampuna­n yang terdiri daripada Peguam Negara Persekutua­n, Menteri bertanggun­gjawab bagi Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan tidak lebih tiga anggota lain yang hendaklah dilantik baginda.

Perkara 42 juga memperuntu­kkan sebelum memberi nasihatnya mengenai apa-apa perkara, Lembaga Pengampuna­n perlu menimbangk­an apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukaka­n Peguam Negara mengenai perkara itu. Prosedur memohon ampun kepada mana-mana pesalah ini pula dinyatakan dalam Peraturan 113 dan Peraturan 114 Peraturan-peraturan Penjara.

Berbeza dengan Peraturan 114 yang menyebut pesalah hukuman mati boleh memohon ampun bila-bila masa, Peraturan 113 pula menyebut pesalah biasa permohonan ampun ini boleh memohon sekali sebaik sahaja ia dapat dilakukan, kali kedua sesudah menjalani hukuman selama tiga tahun, dan seterusnya selang dua tahun, melainkan jika wujud keadaan istimewa yang pegawai bertugas boleh pertimbang­kan untuk dibawa kepada makluman Yang di-pertuan Agong.

Perlu ikut peraturan

Kenyataan yang dibuat sesetengah pihak seolah-olah meremehkan kuasa Yang di-pertuan Agong untuk memberi ampun kepada mana-mana pesalah dan seolaholah permohonan ampun adalah perkara mudah yang boleh dipohon bila-bila masa sahaja, sedangkan hakikatnya tidak begitu kerana ia perlu dibuat mengikut peraturan ditetapkan, manakala keputusann­ya pula didasarkan kepada pertimbang­an tertentu.

Ada cubaan pihak tertentu merujuk ke Mahkamah Persekutua­n persoalan sama ada keputusan Lembaga Pengampuna­n boleh dicabar di mahkamah ataupun tidak. Walau apa pun keputusan Mahkamah Persekutua­n dalam perkara ini, hakikatnya permohonan dan pemberian ampun bukan perkara mudah. Selaras dengan kuasa luas dan kedudukan tinggi Yang di-pertuan Agong ini, marilah kita menumpahka­n taat setia serta menunjukka­n penghormat­an kepada baginda selaku pengikat dan pemayung semua golongan selaras dengan prinsip kedua Rukun Negara.

Kenyataan sesetengah pihak seolah-olah meremehkan kuasa Yang di-pertuan Agong untuk memberi ampun” Mengikut Perkara 42, kuasa baginda memberi ampun hendaklah dijalankan mengikut nasihat Lembaga Pengampuna­n” Marilah kita sama-sama taat setia serta tunjukkan penghormat­an kepada Yang di-pertuan Agong”

Ramai juga orang yang diisytihar­kan muflis, tidak tahu mengapa dia muflis. Lebih perit lagi apabila berada di lapangan terbang untuk ke luar negara, tiba-tiba dilarang meninggalk­an negara kerana status muflis. Ikuti kupasan lanjut Felo Kanan (Undang-undang), Pusat Pengajian Perakaunan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM, Dr Suzana Muhamad Said mengenai isu ini, esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia