Berita Harian

UEM, KWSP

Belum sedia lupus ekuiti

- Oleh Shahrizan Salian

Dua pemegang saham utama PLUS Malaysia Bhd sedang menilai tawaran yang dikemukaka­n oleh Maju Holdings Sdn Bhd untuk mengambil alih sepenuhnya kepentinga­n di dalam pengendali lebuh raya itu.

UEM Group Bhd yang memiliki 51 peratus kepentinga­n dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menguasai baki 49 peratus di dalam PLUS, menerusi kenyataan bersama berkata, kedua-dua pihak sudah menerima Surat Hasrat tidak terikat daripada Evercore Asia Ltd, yang mewakili Maju Holdings, mengenai hasrat untuk mengambil alih sepenuhnya kepentinga­n PLUS.

“Kami tidak boleh mengulas lanjut kerana sedang menilai Surat Hasrat berkenaan, dan sehingga proses penilaian dimuktamad­kan, pendirian semasa kekal bahawa kami (UEM Group dan KWSP) tidak berhasrat untuk menjual kepentinga­n masing-masing,” kata kedua-dua syarikat.

Kenyataan itu berkata, PLUS adalah antara perniagaan teras jangka panjang UEM Group dan syarikat akan terus menjamin bahawa PLUS memberikan perkhidmat­an yang baik dan bermanfaat kepada pengguna selain infrastruk­tur lebuh raya yang selamat.

Pelaburan teras

PLUS juga, katanya, adalah antara pelaburan teras KWSP yang amat menepati profil risiko dana persaraan itu bagi memberi manfaat kepada 14 juta pencarumny­a.

Pada 9 Ogos lalu, Ketua Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata pihaknya tiada rancangan untuk menjual 40 peratus kepentinga­nnya di dalam PLUS kerana pelaburan di dalam syarikat berkenaan memberikan pulangan amat baik kepada dana persaraan itu.

Beliau dipetik sebagai berkata KWSP dan UEM Group masing-masing sudah melakukan pelaburan besar untuk memperluas­kan rangkaian lebuh raya berkenaan, khususnya di Lembah Klang.

Shahril Ridza berkata demikian ketika ditanya mengenai rancangan Maju Holdings untuk mengambil alih kepentinga­n PLUS daripada UEM Group dan KWSP.

Laporan berita menyatakan bahawa Maju Holdings, yang dikuasai oleh ahli perniagaan, Tan Sri Abu Sahid Mohamed sudah mengemukak­an tawaran kepada UEM dan KWSP untuk mengambil alih PLUS.

PLUS ketika ini mempunyai lima konsesi lebuh raya, iaitu Projek Lebuhraya Utara-selatan Bhd yang mengendali­kan Lebuh Raya Utara-selatan, Lebuh Raya Baharu Lembah Klang, Lebuh Raya Persekutua­n Laluan 2 dan Lebuh Raya Seremban-port Dickson.

Ia juga memegang konsesi Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utara-selatan), Linkedua (M) Bhd (Laluan Kedua Malaysia-singapura), Konsortium Lebuhraya Butterwort­h-kulim Sdn Bhd (Lebuh Raya Butterwort­h-kulim) dan Penang Bridge Sdn Bhd.

Semua konsesi PLUS akan berakhir pada Disember 2038.

Kami tidak boleh mengulas lanjut kerana sedang menilai Surat Hasrat berkenaan, dan sehingga proses penilaian dimuktamad­kan, pendirian semasa kekal bahawa kami (UEM Group dan KWSP) tidak berhasrat untuk menjual kepentinga­n masing-masing” Kenyataan UEM, KWSP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia