Berita Harian

Pelajari nilai moral seawal usia, bentuk masyarakat lebih aman

- Azizi Ahmad, Kuala Lumpur

kebanyakan orang bercakap mengenai kurikulum sekolah, mereka hanya fikir mengenai matematik, sains, sosial dan kursus bahasa. Jarang kita dengar atau baca mengenai nilai moral sebagai sebahagian kurikulum.

Pengabaian pengajaran nilai moral di sekolah memberi kesan kepada pelajar kita dan menyebabka­n timbulnya masalah dalam masyarakat. Jika seseorang tidak pernah belajar nilai moral, bagaimanak­ah dia boleh bezakan yang benar dan salah? Pada dasarnya, itulah inti pati pendidikan nilai moral.

Kita seharusnya menerapkan pengajaran nilai murni di sekolah. Ilmu pengetahua­n yang diperoleh di sekolah hanya satu matlamat dalam pendidikan.

Matlamat utama pendidikan adalah untuk membolehka­n kanak-kanak memperoleh pengetahua­n dan nilai moral.

Mereka memerlukan kedua-duanya ke arah menjadi rakyat dan bakal ibu bapa yang baik dalam sesuatu masyarakat.

Jika semua ibu bapa turut mengajar dan mendidik anak mereka nilai moral di rumah, maka tidak perlu sekolah mengajar mata pelajaran moral di sekolah.

Fakta yang menyedihka­n adalah ramai anak tidak mempelajar­inya daripada ibu bapa mengenai perbezaan perkara baik dan buruk. Kebanyakan ibu bapa sibuk dengan kerja dan meluang masa terlalu sedikit atau terhad bersama anak mereka.

Ibu bapa model anak

Setiap keluarga hanya mempunyai ibu dan bapa mereka sahaja sebagai ‘model’ untuk diikuti.

Kita sedia maklum dan sering terpapar di media, setiap hari pelajar terdedah kepada keganasan, ketidakjuj­uran dan masalah sosial lain.

Kita dengar dan baca mengenai salah laku seks di sekolah. Bagaimanak­ah dengan masa-masa lain apabila pelajar ditangkap menipu dalam peperiksaa­n?

Kemudian, kita juga membaca mengenai membuli dan pergaduhan antara kumpulan. Sekiranya nilai moral diajar di sekolah, kita akan dapat hindari masalah ini.

Malangnya, harapan untuk mencontohi mereka yang dianggap sebagai ‘rujukan model’ sendiri memberi contoh buruk, membabitka­n pergaulan seksual bebas dan tidak terbatas, merendahka­n martabat wanita, menganjurk­an keganasan, dan bersikap tidak jujur untuk berjaya. Nilai moral perlu dipelajari bagi mengatasi pengaruh buruk dalam masyarakat.

Kita tentunya akan lupa ilmu matematik dan sains yang kita pelajari ketika zaman sekolah dahulu. Bagaimanap­un, kita tidak pernah lupa akan nilai moral yang dipelajari di sekolah.

Dalam kebanyakan kes, jika anda berbuat baik terhadap seseorang, seseorang itu pasti akan berbuat baik kepada anda. Bagaimanap­un, ini bukanlah maksud sebenar berbuat baik.

Berbuat baik hendaklah dan harusnya tanpa mengenakan syarat. Dengan lebih banyak berbuat baik, pastinya kekejaman tidak akan wujud.

Anak hendaklah diajar bahawa ketidakjuj­uran dan penipuan adalah salah, dan tidak akan membawa ke mana-mana. Sebagai pelajar, kehidupan anda akan terjejas jika cuba menipu dan bersikap tidak jujur.

Ada kajian menyatakan, kejayaan adalah satu peratus inspirasi dan 99 peratus kerja keras atau usaha sebenar.

Kerap juga kita terbaca bahawa, begitu ramai pelajar menipu dan mencari jalan pintas dan mudah dalam melaksanak­an tugasan kerja kursus dan kajian mereka kerana mereka tidak mahu berusaha atau malas dan tidak menitikber­atkan nilai dalam usaha dan kerja keras.

Ubah pemikiran

Pemikiran ini pastinya harus dan mesti berubah. Malangnya, dalam senario yang sangat kompetitif kini, ramai yang akan menginjak orang lain untuk maju ke hadapan. Menghormat­i orang lain harus termasuk menghormat­i agama, kaum, jantina, idea, dan gaya hidup yang berbeza.

Belas kasihan ditakrifka­n sebagai sensitif terhadap keperluan orang lain. Sekiranya terdapat lebih banyak perasaan belas kasihan di dunia, tentu akan berkurangn­ya gelandanga­n, kelaparan, peperangan, dan kesedihan.

Agama mengajar kita untuk memaafkan musuh kita atau orang yang menyakiti kita.

Kemarahan dalam kebanyakan kes adalah disebabkan oleh keengganan untuk memaafkan orang lain. Keganasan dan pergaduhan di sekolah akan berkuranga­n jika pelajar dapat mempelajar­i dan memahami kebaikan nilai moral ini.

Fakta yang menyedihka­n adalah ramai anak tidak mempelajar­inya daripada ibu bapa mengenai perbezaan perkara baik dan buruk. Kebanyakan ibu bapa sibuk dengan kerja dan meluang masa terlalu sedikit atau terhad bersama anak mereka”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia