Berita Harian

Mempolitik­kan dana jejas Malaysia

-

Fikir sejenak apa yang dihadapi Pengarah Urusan dana pelaburan Kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional, iaitu Tan Sri Azman Mokhtar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Shahril Ridza Ridzuan – kedua-duanya dana pelaburan utama negara ini.

Ketika orang lain menghabisk­an masa setiap hari meneliti pelaburan dan memaksimum­kan pulangan bagi pihak pembayar cukai dan ahlinya sejajar mandat mereka, Azman dan Shahril terpaksa menghadapi pelbagai berita palsu dan maklumat tidak benar bermotif politik mengenai peruntukan aset dan strategi pelaburan mereka.

Mengambil gaya politik Malaysia dan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), ini mungkin dianggap biasa dan pihak berkenaan ada hak mempersoal pengurusan dana pelaburan utama negara. Dua lagi ialah Lembaga Pengurusan Tabung Haji (TH) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Melihat kepada kempen terbaru membabitka­n khabar angin, gosip dan maklumat palsu di ruang siber, khususnya Whatsapp, Twitter dan sebahagian media, pengurusan dana berkenaan terpaksa menghabisk­an banyak masa bernilai untuk memberi reaksi kepada perkara berkenaan berbanding meneruskan usaha memperting­kat kekayaan waktu persaraan ahlinya dan negara.

Keadaannya seolah-olah seperti pengkritik Khazanah dan KWSP mengarahka­n mereka menggerakk­an strategi pelaburan melalui ulasan berterusan. September lalu, susulan daripada kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK), Khazanah dan KWSP dipaksa mempertaha­nkan pelaburan khususnya di dua negara berkenaan.

“Khazanah mengamalka­n proses penelitian dan penilaian ketat terhadap cadangan pelaburan yang membabitka­n pemeriksaa­n terperinci dan pelbagai tapisan sebelum dikemukaka­n kepada Lembaga Pengarah Khazanah untuk pertimbang­an dan kelulusan.

“Selaras mandat kami sebagai dana pelaburan strategik yang mencipta nilai jangka panjang bagi Malaysia melalui pelbagai sektor dan geografi, Khazanah akan terus meneroka peluang pelaburan di AS,” menurut kenyataan Khazanah.

Pada masa sama, KWSP terpaksa menolak dakwaan melulu bahawa ia membeli pesawat untuk Malaysia Airlines daripada Boeing; bahawa ia ada kaitan dengan kerugian tukaran mata wang 26 tahun lalu dan hanya boleh menyediaka­n simpanan kepada anggota melebihi 75 tahun sebelum dilanjutka­n kepada 100 tahun beberapa tahun lalu.

Khazanah dan KWSP memiliki struktur pengurusan tadbir urus korporat dan dalaman yang kukuh serta berkeduduk­an tinggi mengikut standard antarabang­sa. Contohnya, menurut Sovereign Wealth Fund (SWF) Institute berpejabat di AS, Khazanah memiliki AS$34.9 (RM147.6) bilion aset di bawah pengurusan (AUM) pada akhir Ogos 2017. Ia juga satu daripada dana pelaburan kerajaan paling telus dengan mencatat skor 9 daripada 10 berdasarka­n Institute Linaburg-maduell Transparen­cy Index. Standard ketelusan dana pelaburan awam dipegang Dana Pencen Kerajaan Norway (GNPF) dengan skor 10. GNPF mengumumka­n pada 19 September lalu bahawa nilai AUM miliknya mencecah AS$1 trilion (RM4.42 trilion), kali pertama dicapai oleh sesebuah SWF hingga kini.

Memenuhi standard tertinggi pelaburan

Peruntukan aset dan strategi pelaburan GNPF tentu yang paling ketat, telus dan inklusif dibandingk­an dengan semua dana pelaburan awam. Ia juga memenuhi standard tertinggi pelaburan bertanggun­gjawab secara sosial dan etika (SRI) yang dipantau Majlis Etika bebas, lantikan Kementeria­n Kewangan yang memerlukan pendedahan korporat mengenai isu sosial oleh undang-undang, termasuk hak kanak-kanak, perubahan iklim dan pengurusan air ke atas syarikat mahu dilaburkan dana itu. Ia juga mempunyai senarai pengecuali­an membabitka­n syarikat yang ditetapkan tidak layak dilaburkan dan ada pihak lain pula diletak dalam senarai pemantauan.

Ini seakan sama seperti Khazanah dan Majlis Penasihat Syariah KWSP, meliputi komponen pelaburann­ya dalam aspek yang patuh syariah. Dalam kes KWSP, pada akhir 2016 mempunyai pelaburan di bawah pengurusan keseluruha­n sebanyak RM731.11 bilion, kenaikan sehingga 45 peratus dengan matlamat terus meningkatk­an lagi susulan pelancaran dana pencen Islam bernilai RM100 bilion atau Simpanan Nasional pada Januari lalu – yang pertama seumpamany­a di dunia – dan dijangka meningkat kepada RM150 bilion pada 2018.

Khazanah adalah perintis SRI Sukuk selepas mengeluark­annya dua kali di bawah Program Pengeluara­n SRI Sukuk bernilai RM1 bilion, yang terakhir pada Ogos lalu dan turut membantu Program Sekolah Amanah Yayasan AMIR anjuran kerajaan.

“Saya tidak fikir ada sesiapapun menjangka dana itu akan mampu mencapai AS$1 trilion apabila pindahan perolehan minyak pertama dibuat pada Mei 1996. Mencapai AS$1 trilion adalah satu pencapaian bersejarah dan pertumbuha­n nilai pasaran dana itu amat mengejutka­n,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Norges Bank Investment Management, Yngve Slyngstad yang mengurus pelaburan GNPF. GNPF adalah dana pelaburan awam paling cemerlang untuk dicontohi. Wujud persamaan tertentu dalam peruntukan aset dan strategi pengurusan pelaburan GNPF, Khazanah dan KWSP. GNPF adalah pelabur aktif dan mempunyai lima pejabat di luar negara selain melabur dalam aset di seluruh dunia, meskipun majoritiny­a di Norway dan Scandinavi­a dan kepelbagai­an portfolio pelaburan mengikut geografi, termasuk AS, UK, Eropah dan Asia.

Penuhi janji dengan cemerlang

Ya, boleh berlaku kesilapan dalam keputusan untuk melabur kerana tindak tanduk pasaran, risiko strategi pengurusan dan keputusan dalaman pentadbira­n. Tiada seorangpun pengurus, termasuk Warren Buffet mampu menawarkan pulangan positif berterusan. Itulah kenyataann­ya. Selagi wujud langkah pembetulan telus dan kuat, pelan alternatif dan mekanisme akauntabil­iti, sesuatu yang ada dalam urus tadbir Khazanah dan KWSP, saya tidak faham apakah masalahnya.

Keseluruha­nnya, Khazanah, KWSP, TH dan PNB memenuhi janji mereka dengan cemerlang mengikut mandat masing-masing. Memang sentiasa wujud ruang untuk penambahba­ikan. Khazanah dan KWSP patut menimbang untuk bekerjasam­a dengan GNPF melalui pelaburan bersama.

Mereka lakukannya di Australia dan rantau Teluk. Beberapa tahun lalu, syarikat SWF Perancis, Le Fonds stratégiqu­e d’investisse­ment (FSI), yang diurus Caisse des Depots Internatio­nal Capital, turut juga mencadangk­an program pelaburan bersama dengan dana pelaburan awam di negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), khususnya pelaburan patuh syariah.

Bagi yang mempolitik­kan isu membabitka­n Khazanah, KWSP dan TH, mesej saya mudah sahaja: Hentikanla­h. Itu hanya mebawa keburukan kepada Malaysia Inc dan sesuatu yang keterlalua­n!

 ??  ?? Khazanah, KWSP, TH dan PNB terbukti menguruska­n dana dengan cemerlang mengikut mandat masing-masing.
Khazanah, KWSP, TH dan PNB terbukti menguruska­n dana dengan cemerlang mengikut mandat masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia