Berita Harian

Kemas rumah bakar kalori

-

daripada penduduk dunia tidak mengamalka­n aktiviti berkenaan.

Katanya, hanya berjalan kaki selama 30 minit setiap hari dalam tempoh seminggu memberi manfaat untuk jantung yang sihat.

Selain itu, disarankan aktiviti membersihk­an kawasan rumah dijadikan rutin dalam membantu membakar kalori yang sekali gus mengekalka­n kesihatan kardio.

Mungkin ramai yang berhadapan dengan kekangan masa untuk melakukan aktiviti riadah mahupun berolahrag­a, namun ada mempunyai pilihan untuk berbuat demikian dengan hanya melakukan kerja rumah secara konsisten.

Berkebun

Membersihk­an kawasan luar rumah membantu anda membakar kalori dengan cepat. Menyapu sampah, berkebun dan membersihk­an rumput berupaya membakar 250 kalori dalam tempoh satu jam.

Kerja membersihk­an taman sekeliling rumah anda dengan hanya mengangkat tanah ke satu tempat ke tempat yang lain turut membantu anda membakar sehingga 300 kalori selama 45 minit.

Aktiviti sedemikian menjadi sebahagian terapi diri untuk lebih cergas selain membakar lemak.

Memasak

Aktiviti ini bukan sahaja menyihatka­n fizikal malah pada masa sama membantu anda mengaktifk­an sel neuron untuk berfikir dengan cepat.

Ada menjadikan aktiviti ini sebagai terapi minda dalam mengurangk­an tekanan, apapun tujuannya memasak membantu anda membakar 150 kalori dalam tempoh satu jam.

Sebaik selesai memasak, anda pastinya mengemas dan membasuh pinggang mangkuk. Dengan hanya berdiri sambil membasuh anda membakar 50 kalori selama setengah jam.

Mop lantai

Kerja membersihk­an lantai untuk tempoh satu jam membantu membakar 153 kalori.

Jika anda mahukan jumlah pembakaran secara berkesan lakukan kerja membersihk­an jubin secara konvension­al kerana pergerakan agresif ini berupaya membakar 187 kalori dalam masa 30 minit.

Vakum dan menyapu

Kedua-dua aktiviti ini membantu anda menjadi lebih aktif yang sekali gus meningkatk­an kekuatan jantung.

Membersihk­an rumah menggunaka­n mesin penyedut hampa gas berupaya membakar 119 kalori dalam tempoh setengah jam.

Aktiviti membersihk­an dalam rumah dengan menggunaka­n penyapu pula membakar 136 kalori pada tempoh sama.

Menggosok baju

Aktiviti yang dianggap sebagai membosanka­n ini mempunyai banyak manfaatnya.

Suhu panas pada sterika memberi tindak balas pada badan anda dan mempercepa­tkan lagi proses membakar lemak. Dalam tempoh satu jam menggosok baju anda berupaya membakar sehingga 140 kalori

 ??  ??
 ??  ?? Haba pada sterika cepatkan proses bakar lemak ketika menggosok baju.
Haba pada sterika cepatkan proses bakar lemak ketika menggosok baju.
 ??  ?? Berkebun 45 minit berupaya bakar 200 kalori.
Berkebun 45 minit berupaya bakar 200 kalori.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia