Berita Harian

Media sosial pengaruhi diri, kelakuan pengguna

-

Dalam kajian yang diterbitka­n, tiga profesor komunikasi dari Universiti Brigham Young mendapati secara purata setiap hari, 1.28 bilion orang dan hampir dua bilion pemegang akaun Facebook menyemak akaun mereka dalam sebulan.

Selain itu, menurut satu anggaran baru-baru ini, pengguna Facebook rata-rata menghabisk­an dan meluangkan masa 35 minit sehari pada platform media sosial kegemaran ramai ini.

Dalam penyelidik­an mereka, profesor komunikasi di Brigham Young terbabit ingin tahu mengapa ramai menggunaka­n platform sosial ini dan mereka merekrut sekumpulan kecil pengguna Facebook berumur 18 hingga 32 tahun sebagai sampel kajian.

Subjek kajian membabitka­n penilaian ke atas 48 kenyataan penggunaan Facebook dan berdasarka­n respon subjek, pasukan penyelidik mengenal pasti empat kategori pengguna Facebook.

Golongan itu ialah penjalin hubungan, penyebar maklumat, swafoto dan peninjau bebas. Penemuan

mereka diterbitka­n dalam Internatio­nal Journal of Virtual Communitie­s and Social Networking.

Penyelidik utama , Tom Robinson turut menyoal ‘mengenai apakah yang menarik tentang platform media sosial Facebook yang menjadi kegemaran pengguna diseluruh dunia?.

“Kenapa pengguna begitu bersedia untuk berkongsi dan memaparkan mengenai kehidupan dan diri mereka? Tidak ada pula yang bertanya, mengapa kamu suka melakukann­ya?” katanya.

Empat kategori pengguna media sosial

Penjalin hubungan biasanya menyiarkan, berhubung dengan rakan, sahabat dan orang lain dan menggunaka­n ciri Facebook tambahan, terutamany­a dalam usaha untuk memperkuat hubungan yang wujud di luar dunia maya mereka.

“Mereka menggunaka­nnya sebagai lanjutan kehidupan sebenar, dengan keluarga dan sahabat hidup mereka,” kata Robinson.

Mereka yang berada dalam kumpulan ini boleh dikenal pasti dengan kenyataan seperti ‘Facebook membantu saya menyatakan kasih sayang kepada keluarga dan membolehka­n keluarga saya menyatakan kasih sayang kepada saya.’

Sebaliknya, penyebar maklumat agak berbeza. “Mereka hanya ingin memberitah­u semua orang tentang apa yang sedang berlaku,” kata Robinson.

Mereka memaparkan cerita dan mengumumka­n peristiwa tetapi mengabaika­n laman profil, lebih suka mengemas kini keluarga dan kawan melalui cara alternatif.

Selfie promosi diri

Selfie pula menggunaka­n Facebook untuk mempromosi diri sendiri. Seperti penjalin hubungan, mereka menyiarkan gambar, video dan kemas kini maklumat teks tetapi tidak seperti pembina hubungan, mereka beri tumpuan untuk mendapat perhatian, mahu disukai dan ingin komen pelawat.

Mereka dalam kumpulan selfie kata penyelidik bersama kajian Kris Boyle, menggunaka­n platform ‘untuk memaparkan imej mereka sendiri, sama ada tepat atau tidak.’ Mereka juga dikatakan mengalami masalah mental.

Peninjau atau ahli bebas pula merasakan menjadi tanggungja­wab sosial untuk berada di Facebook tetapi jarang menyiarkan dan berkongsi maklumat. Tidak seperti ‘penyebar maklumat’, pengguna ini ingin melihat apa yang dilakukan orang lain.

Ini bersamaan dengan menjadi penonton atau pemerhati. Peninjau bebas hanya ingin profil Facebook seseorang yang mereka sukai, mengetahui status, minat dan hubungan mereka, kata seorang lagi pengkaji, Clark Callahan

Media sosial sangat mempengaru­hi diri dan perlakuan kita. Kebanyakan orang tidak berfikir mengapa mereka melakukann­ya, tetapi jika orang dapat mengenali tabiat mereka, sekurang-kurangnya ia mewujudkan satu kesedaran, kata Boyle.

Azizi Ahmad,

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabang­sa, Kuala Lumpur

Mereka dalam kumpulan swafoto kata penyelidik bersama kajian Kris Boyle, menggunaka­n platform ‘untuk memaparkan imej mereka sendiri, sama ada tepat atau tidak.’ Mereka juga dikatakan mengalami masalah mental”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia