Portal seni jual karya pelukis tempatan

Artespree bantu ketengah karya komuniti seni ke pasaran antarabang­sa

Berita Harian - - SASTERA&BUDAYA - Oleh Siti Haliza Yusop

Karya pelukis tanah air kini boleh dijual melalui transaksi dalam satu portal seni sekali gus memberi peluang untuk ia dipasarkan dalam pasaran yang lebih luas, termasuk dimiliki oleh penggemar seni di luar negara.

Ketua Strategi Centuries Group (Centuries), Mi-ki Choong, berkata portal seni itu, Artespree, dibangunka­n pihaknya sebagai sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) syarikat itu dalam membawa seni kepada capaian masyarakat yang lebih luas.

“Artespree dimulakan oleh Centuries bersesuaia­n dengan hasrat kami bagi membantu komuniti seni di negara ini, termasuk seniman, galeri dan pengumpul seni menjual koleksi mereka melalui portal.

“Usaha ini diharap dapat membawa karya tempatan ke peringkat yang lebih tinggi,’ katanya pada pelancaran portal Artespree di Balai Seni Negara yang turut dihadiri Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa.

Peluang ke pasaran antarabang­sa

Setakat ini, Artespree yang boleh dilayari melalui www.artespree.com menghimpun­kan karya lebih 30 seniman tanah air untuk dijual di laman berkenaan.

Yang turut dijual ialah koleksi peribadi pengumpul seni yang dihasilkan bukan sahaja oleh seniman dari Malaysia, malah Indonesia, Amerika Syarikat, Perancis, Filipina, China dan Iran.

Balai Seni Negara sokong usaha

Sementara itu, Mohamed Najib, berkata komuniti seni tanah air perlu memberi peluang kepada peralihan teknologi hari ini dengan membabitka­nnya melalui platform digital sebagaiman­a dilakukan oleh Centuries.

“Balai Seni Negara menyokong usaha dilakukan Centuries melalui Artespree yang membolehka­n hasil kerja dari seniman tanah air dikongsi dengan penggemar seni di seluruh dunia.

“Apa dilakukan Artespree ini dipersetuj­ui Balai Seni Negara, apatah lagi ia juga bersesuaia­n dengan usaha Kerajaan Malaysia dalam menyubur kerjasama di antara agensi kerajaan dan swasta.

“Bagi seniman pula, ini peluang karya mereka dimiliki peminat seni seluruh dunia. Mereka hasilkan karya ini di Malaysia, tetapi dengan Artespree, tidak mustahil ia akan dimiliki oleh penggemar seni dari Eropah atau mungkin juga Amerika Selatan selepas ini,” katanya.

[FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH]

Mohamed Najib bersama Choong (empat dari kiri) pada pelancaran portal Artespree di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.