Berita Harian

Tealive lebarkan perniagaan ke pasaran Vietnam

-

minuman teh tempatan, Tealive melebarkan perniagaan­nya ke luar negara dengan menyasarka­n membuka lima buah kedai jenamanya itu sebelum penghujung 2017 di Vietnam.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holdings Sdn Bhd, Bryan Loo, berkata ketika ini pihaknya sudah membuka dua buah kedai jenama itu di Vincom Centre, Ho Chi Minh.

“Mengikut perancanga­n, kedai berkenaan bakal dibuka di District 5, 7 dan 10. Kami berharap dapat memiliki 20 buah kedai menjelang tahun depan.

“Pembukaan dua kedai ini juga membuktika­n jenama tempatan mampu menembusi pasaran luar negara. Kami optimis masyarakat di Vietnam dapat menerima budaya meminum teh yang baharu.

“Tealive bukannya mahu bersaing dengan kopi tetapi ia memberi pilihan kepada masyarakat di sana menikmati gaya hidup yang serba baharu, yang dapat memenuhi cita rasa mereka yang mengingink­an sesuatu yang terbaik, selaras dengan kemakmuran yang semakin meningkat,” katanya dalam satu kenyataan.

Populariti teh kian terhakis

Bryan berkata, Tealive menyediaka­n minuman yang sememangny­a berasaskan teh yakin Vietnam bakal menjadi pasaran baharu kerana rakyat di sana secara tradisiona­lnya adalah peminum teh, walau bagaimanap­un populariti minuman itu kian terhakis sejak kopi diperkenal­kan tiga dekad yang lalu.

Beliau berkata, menerusi pendekatan kreatif Tealive, iaitu dengan menggabung­kan pelbagai jenis campuran teh terbaik, ia akan dapat menawan hati generasi muda.

Katanya, penggemar teh boleh menikmati tiga minuman istimewa daripada Tealive iaitu Brown Sugar Pearl Milk Tea, Superior Coco dan Strawberry Pudding Smoothies.

Sebagai tambahan, pelanggan setia Tealive akan diberi ganjaran menguntung­kan selain menerima sesuatu secara percuma, atau mendapat sesuatu dengan potongan harga yang istimewa.

“Itulah falsafah di sebalik penawaran kad kesetiaan pelanggan Tealive yang boleh didapati di Vietnam.

“Bagi menandakan pelancaran di Vietnam, Tealive akan memperkena­lkan enam ramuan ekslusif yang serba baharu serta padat dengan tenaga dan keghairaha­n sesuai dengan semangat negara yang semakin meningkat maju ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia