Madu diabetes

Kira-kira 80 peratus pasaran madu lebah di negara ini adalah tiruan Hasil kajian makmal dapati madu tiruan diperbuat daripada gula, kanji dan tepung jagung yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna terutama penyakit diabetes

Berita Harian - - MUKA DEPAN - Oleh Osman Lisut, Rashiqah Ilmi Abdul Rahim dan Mohd Zulkifli Zainuddin [email protected]

Disangka madu asli tetapi rupa-rupanya tiruan dan pengambilannya dalam jangka panjang boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

Penipuan ini perlu diberi perhatian oleh pengguna kerana ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan komplikasi seperti kanser, diabetes serta jantung yang berpunca daripada cara pembuatan, tahap kebersihan, pemanasan dan campuran bahan asing.

Kandungan HMF tinggi

Ini berikutan keputusan ujian ke atas lima sampel madu yang dibeli

BH daripada pelbagai premis untuk ujian makmal di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang, barubaru ini, bagi memastikan ketulenan madu di pasaran, didapati amat membimbangkan.

Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan, Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan MARDI, Dr Suri Roowi, berkata kelima-lima sampel madu berkenaan dan 10 lagi sampel yang diuji sebelum itu hanya mengandungi hidroksi metil furfural (HMF) yang tinggi.

Katanya, HMF adalah bahan se- mula jadi hasil pemecahan gula ringkas pada keadaan berasid dan jika dimakan pada kadar yang tinggi boleh memberikan kesan buruk terhadap kesihatan. “Hasil kajian menunjukkan bahan HMF didapati pada kesemua jenis madu yang diuji, mungkin disebabkan madu sudah terlalu lama, terdedah dengan perubahan suhu tinggi atau terdapat benda asing di dalamnya.

“Kami mendapati ada sampel langsung tiada khasiat dan memungkinkan ia adalah madu sintetik, tiada unsur madu di dalamnya,” katanya dalam satu pertemuan bersama BH bagi menerangkan hasil ujian makmal terhadap sampel madu yang dihantar sebelum itu.

Saya membeli terus daripada kawan yang menghasilkan madu secara kecil-kecilan sudah hampir lima tahun, menyebabkan saya yakin dengan produk yang dijual adalah madu asli” Badrul Hisyam Wan Mohd Badruddin

Mula-mula saya hairan kenapa madu boleh bertukar jadi ‘racun’, tetapi selepas dijelaskan doktor, saya mula faham bahawa madu mempunyai kandungan gula sama ada tinggi atau rendah, sekali gus memudaratkan pesakit kencing manis” Zain Yusoff

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Farmakologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Norul Badriah Hassan, berkata madu tiruan yang membanjiri pasaran diperbuat daripada gula, kanji, tepung jagung, perasa dan pewarna bagi memperdayakan orang ramai.

Sukar beza asli, tiruan

Katanya, warna dan kepekatan yang dihasilkan menyebabkan pengguna sukar membezakan di antara madu asli dan tiruan kerana sifat serta fizikalnya hampir sama.

“Madu campuran misalnya, kuantiti madu asli daripada lebah hanya sedikit, namun ia dicampur dengan bahan seperti gula dan buah-buahan supaya menjadi lebih banyak, sebelum mereka mendakwa ia adalah asli dan dijual pada harga mencecah ratusan ringgit.

“Ada juga peniaga menggunakan gula pasir, cuka nipah, limau serta perasa untuk menghasilkan madu kelulut tiruan dengan kos yang rendah sebelum dijual di pasaran pada harga tinggi.

“Bayangkan, bagaimana madu dihasilkan sebegitu banyak sepanjang masa sama ada di Malaysia atau luar negara, sedangkan lebah banyak menghasilkan madu pada musim bunga dan tidak produktif pada musim hujan,” katanya ketika ditemui BH, di Kota Bharu.

Beliau berkata, kajian bekas profesor di Universiti Malaya, Dr Kamaruddin Mohd Yusoff, pada 2005 mendapati hampir 80 peratus pasaran madu lebah di negara ini adalah tiruan dan angka itu semakin meningkat.

[FOTO AZIAH AZMEE/BH]

Dr Suri menjalankan ujian ke atas sampel madu yang diperoleh bagi menentukan sama ada tulen atau palsu.

Dr Norul Badriah menunjukkan pelbagai jenis madu asli dan tiruan yang mempunyai sifat hampir sama menyebabkan pengguna sukar membezakannya.

Antara sampel madu yang diuji.

FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH]

Sampel madu diuji dalam makmal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.