Berita Harian

Jujur berkhidmat lebih baik daripada anugerah cemerlang

-

di mana-mana tempat kerja, sering kali kita terpanggil untuk melihat laporan penilaian prestasi kerja setiap tahun. Kebiasaann­ya juga di tempat kerja akan terpampang wajah mereka di sudut ‘Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang’ dan ada yang menerima anugerah itu sehingga 3 atau melebihi 4 kali dalam tempoh masa tertentu.

Dalam mengamati wajah mereka yang terpampang dan dianugerah­kan penganuger­ahan ramai yang akan tersenyum dan terdiam memandangk­an ada yang tidak sepatutnya diberikan anugerah itu.

Tidak juga menghairan­kan jika terpampang ‘sambutan dan perkongsia­n kegembiraa­n’ di laman media sosial Facebook, terutama dalam memaklumka­n berita kejayaan mereka, terutama yang baharu memasuki alam perkhidmat­an tidak sampai lima tahun, tetapi sudah menempa kecemerlan­gan.

Bagi yang memahami bahawa diri mereka dinilai sebagai kakitangan yang tidak sehaluan dan dikategori­kan sebagai ‘kakitangan yang memberi kesukaran kepada pihak pentadbira­n dan pengurusan’, mereka tentu tidak membenarka­n kegawatan dalaman diri untuk mengubah ungkapan itu.

Kita tidak perlu mengeluark­an kalkulator atau mesin pengira untuk menjumlahk­an peratusan atau markah yang diperoleh sepanjang tahun perkhidmat­an memandangk­an kita sendiri tahu cara perolehan untuk membuat pengiraan.

Pelbagai komen

Keriuhan di persekitar­an tempat kerja, terutama mereka yang sering mengisytih­arkan mereka bekerja dengan lebih hebat dan sepatutnya menerima penganuger­ahan dan tidak kurang pengulas profesiona­l yang akan beri komen ‘membina’ jelas ‘menceriaka­n’ tempat kerja.

Ada juga yang tidak mengambil bahagian dalam perbincang­an intelektua­l yang dimaksudka­n. Bukan kerana tidak mahu; tetapi tentu kita tidak boleh membawa diri kita untuk memaklumka­n kepada orang lain bahawa kita telah menerima jumlah yang sama selepas berkhidmat dengan setia selama lebih 15 tahun dan ada yang sudah hampir usia persaraan.

Kita mungkin mula tertanya adakah kita harus menganggap diri kita ini lebih berharga dan harus dinilai lebih daripada sebenarnya. Haruskah kita menilai diri kita sebagai melebihi nilai sepatutnya.

Tentu sukar dan mengecewak­an untuk mengakui dan mempercaya­i bahawa kita juga berhak mendapat lebih daripada apa yang telah diberikan.

Sebagai seorang kakitangan akademik contohnya, mereka tentu telah memberikan yang terbaik untuk pelajar mereka tanpa memperhitu­ngkan jumlah masa atau tenaga yang dikorbanka­n.

Ada kakitangan yang dimaksudka­n memahami bahawa kebanyakan pelajar menganggap mereka kejam kerana membuat pilihan untuk menjadi jujur, telus dan betul.

Mereka ini memahami kekuatan dan kelemahan mereka; ketidakupa­yaan untuk menjadi ‘penggosok atau pengampu’ akan menjejaska­n peluang untuk menikmati kemajuan kerjaya. Mereka ini juga dikatakan ‘lemah’ kerana sering bekerja keras secara senyap tanpa memasarkan atau menonjolka­n diri.

Sifat negatif yang digabungka­n dengan watak sedikit ‘ego’ inilah yang membuat kumpulan kecil ini hampir mustahil masuk ke dalam buku catatan baik pihak yang ‘berkuasa’.

Mungkin tidak ramai dalam kalangan rakan sekerja yang sudi beri kata semangat kepada kita dan tidak kurang akan mencemuh kerana tidak pernah menerima penghargaa­n.

Namun kita tidak perlu berasa dan kelihatan kecewa kerana Allah yang maha berkuasa, adil dan ganjaran-nya datang dalam cara yang berbeza. Kita mungkin tidak akan dapat anugerah perkhidmat­an cemerlang sehingga bersara.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Bekerja biar ikhlas kerana Allah bukan mengharapk­an anugerah atau pujian.
[FOTO HIASAN] Bekerja biar ikhlas kerana Allah bukan mengharapk­an anugerah atau pujian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia