Berita Harian

Punca jangkitan penyakit kelamin meningkat

-

Kuala Lumpur: Aplikasi sosial berkaitan janji temuseks atas talian dikesan menjadi antara penyumbang terbesar lonjakan kes baharu jangkitan penyakit seksual (STI) termasuk HIV/AIDS di negara ini.

Berdasarka­n data terkini Sektor HIV/STI Bahagian Kawalan Penyakit Kementeria­n Kesihatan, kes baharu jangkitan HIV menerusi aktiviti seksual di Malaysia melonjak 2,864 kes pada 2016 berbanding hanya 983 pada 2009.

Sementara data jangkitan penyakit kelamin gonorea juga menyaksika­n peningkata­n mendadak dengan 9.3 kes jangkitan bagi setiap 100,000 penduduk Malaysia tahun lalu berbanding 1.9 kes pada 2006.

Sifilis turut menyaksika­n peningkata­n ketara, 6.7 kes jangkitan bagi setiap 100,000 penduduk Malaysia pada 2016 berbanding pada 3.06 untuk tempoh 2006.

Pakar Patologi dan Perunding Perubatan Mikrobiolo­gi Lablink Medical Laboratory, Lablink (M) Sdn Bhd, Dr Muhammad Nazri Aziz, berkata lonjakan jumlah kes baharu bagi penyakit yang berjangkit disebabkan aktiviti seksual di Malaysia kini sangat membimbang­kan.

Katanya, menerusi sesi kaunseling bagi kes jangkitan STI dan HIV yang dikesan di makmal perubatan milik gergasi hospital swasta Malaysia itu, pihaknya dapati sebahagian besar penghidap STI mengakui menggunaka­n aplikasi padanan janji temu untuk mencari pasangan.

Aktiviti seksual membimbang­kan

“Ramai daripada mereka adalah pelajar dan generasi muda yang mana pada sesi kaunseling selepas ujian, mereka mengakui memahami risiko HIV dan mengamalka­n seks selamat, namun tidak sedar seks selamat tidak melindungi daripada jangkitan seksual lain termasuk genital herpes, gonorea, sifilis dan trichomoni­asis.

“Mereka mengakui menggunaka­n aplikasi sosial yang memudahkan mereka mengenal pasti individu dengan minat seks sama.

“Mereka menyatakan aplikasi berkenaan membolehka­n mereka berhubung dengan orang di sekitar iaitu sekiranya dia adalah lelaki yang mengamalka­n hubungan sejenis (MSM) maka mereka akan dihubungka­n dengan orang yang mahukan hubungan sama.

“Lebih membimbang­kan, ada kumpulan industri seks lain datang ke Malaysia, sebagai contoh sekumpulan MSM dari Vietnam. Mereka boleh mengetahui kumpulan itu datang ke Malaysia menerusi aplikasi sosial ini,” katanya kepada BH di sini.

Data Sektor HIV/STI itu turut membuktika­n penyumbang terbesar kes baharu jangkitan HIV di Malaysia pada 2016 adalah daripada kes membabitka­n hubungan pasangan sejenis mewakili 1,553 kes manakala pasangan heteroseks­ual sebanyak 1,311 kes.

Golongan muda dan pelajar berusia antara 20 tahun hingga 29 tahun adalah kumpulan terbesar kes jangkitan baharu HIV tahun lalu mewakili 40 peratus daripada keseluruha­n 3,397 kes, manakala profesiona­l dan berkerjaya berusia 30 hingga 39 tahun sekitar 31 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia