Berita Harian

Pakej kerja RM60 juta kepada kontraktor Bumiputera

-

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) memperuntu­kkan 120 pakej kerja kecil bernilai kira-kira RM60 juta kepada kontraktor Bumiputera Gred G2 hingga G4 bagi projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).

Ia menerusi kerjasama Prasarana dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU); Bahagian Pembanguna­n Kontraktor dan Usahawan (BPKU), Kementeria­n Kerja Raya dan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB).

Kerjasama bermatlama­t menyediaka­n peluang kepada kontraktor Bumiputera berkembang dan membangunk­an kapasiti masingmasi­ng dalam projek infrastruk­tur berskala tinggi.

Sehubungan itu, Prasarana mempelawa kontraktor terbabit menyertai sesi taklimat prakelayak­an pakej kerja LRT3, yang diadakan di Menara UOA Bangsar, hari ini.

Manfaat peluang terakhir

Pakej kerja terbabit merangkumi bidang seperti kerja permukaan, mekanikal & kejurutera­an, konkrit, seni bina luaran dan kemasan dalaman.

Kontraktor gred G2 hingga G4 merujuk kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang dibenarkan untuk menender projek bernilai tidak melebihi RM500,000 (G2), RM1 juta (G3) dan RM3 juta (G4).

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Rail and Infrastruc­ture Projects Sdn Bhd (PRAISE), Khairani Mohamed, berkata Prasarana menggalakk­an syarikat Bumiputera memanfaatk­an peluang terakhir untuk bekerjasam­a dengan syarikat multinasio­nal terkemuka dalam industri bagi membangunk­an rel baharu Lembah Klang, sekali gus membangunk­an kepakaran tempatan.

Sumbang kepakaran

“Dianggarka­n 45 peratus kontrak diperuntuk­kan untuk diberikan kepada syarikat Bumiputera, mencermink­an komitmen kerajaan untuk memastikan mereka boleh menyumbang dengan setara kepakaran masing-masing kepada LRT3, sebuah projek infrastruk­tur penting negara,” katanya dalam satu kenyataan.

LRT3 sepanjang 37 kilometer akan menghubung­kan dua juga penduduk antara Bandar Utama dan Johan Setia, Klang menjelang 2020.

Jajaran itu yang merangkumi 26 stesen akan disepaduka­n dengan projek infrastruk­tur sedia ada dan akan datang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia