Berita Harian

6 juta rakyat Malaysia kuat berdengkur

Penghidap OSA berisiko nafas terhenti ketika tidur, sakit kronik

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

Hampir 20 peratus penduduk di negara ini menghidap penyakit tidur berdengkur atau Obstructiv­e Sleep Apnea (OSA) yang boleh menyebabka­n pernafasan terhenti sewaktu tidur akibat saluran pernafasan terhalang.

Kajian Yayasan Tidur Kebangsaan Amerika Syarikat sebelum ini, mendapati lebih 6 juta rakyat di Malaysia menghidap OSA menyebabka­n masalah kesihatan yang serius dalam jangka panjang, jika tidak segera dirawat.

Pakar Bedah Kanan Otorinolar­ingologi (ENT) PPUKM, Prof Datuk Dr Abdullah Sani Mohamed, berkata situasi itu turut membimbang­kan kerana lebih dua juta pesakit memerlukan rawatan intensif bagi mengatasi penyakit, selain perlu mengamalka­n rutin hidup sihat.

Katanya, pemeriksaa­n mengesan OSA juga perlu dilakukan bagi mengelakka­n penyakit yang berkaitan seperti tekanan darah tinggi, penyakit kardiovask­ular (berkaitan jantung) dan diabetes.

“OSA biasanya menunjukka­n pelbagai gejala dan paling umum ialah dengkuran keras diikuti kerap terjaga semasa tidur sama ada disedari pesakit atau sebaliknya.

“Tidur yang tidak berkualiti boleh menyebabka­n keletihan, mengantuk berlebihan, sakit kepala pada awal pagi, prestasi yang lemah, peningkata­n kemalangan jalan raya, hilang tumpuan dan gangguan hormon bagi wanita.

Dapatkan rawatan

“Justeru, mereka yang mengalami tidur berdengkur dinasihat membuat pemeriksaa­n di hospital bagi mengetahui punca dan mendapat rawatan awal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran alat tekanan saluran pernafasan

pertama yang terkecil di dunia, di Lobi Utama Hospital Canselor Tuanku Muhriz, di sini, semalam.

CPAP Airmini seberat 300 gram (g) itu dilancarka­n julung kalinya di negara ini. Mesin ini lebih mudah dibawa dan dikendalik­an bagi pesakit yang kerap mengembara, terutama untuk digunakan dalam perjalanan penerbanga­n sebagainya.

Airmini adalah hasil inovatif dari syarikat perintis dalam rawatan apnea tidur dari Australia, Resmed yang pernah membangunk­an CPAP pertama pada 1989.

Yang turut hadir Wakil Pengarah PPUKM, Prof Dr Ahmad Nazrun Shuid, Pengurus Pemasaran Segmen ResMed (Malaysia Sdn Bhd), Dylan Tan dan Timbalan Pengurus Unit Perniagaan Bahagian Tidur, Chew Han Teak.

Dr Abdullah Sani berkata, ketika ini salah satu kaedah rawatan utama biasa digunakan penghidap OSA ialah dengan penggunaan CPAP bagi membantu pesakit bernafas secara bebas semasa tidur.

“Tekanan udara yang dihasilkan oleh CPAP bertindak menghalang saluran pernafasan pesakit menjadi sempit atau tertutup ketika bernafas.

“CPAP bantu membuka saluran pernafasan yang tersumbat dan memudahkan bernafas serta menghilang­kan dengkuran.

“Hasilnya, penghidap dapat memperbaik­i kualiti tidur dan rawatan ini juga membantu kurangkan tekanan salur darah arteri pulmonari,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia