Berita Harian

Derita bawah naungan DAP

Rakyat Pulau Pinang lalui sendiri keperitan, kepincanga­n

- Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin

Rakyat perlu menolak pemimpin DAP yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan ketetapan Islam sebagai agama Persekutua­n, tetapi juga hakikat kegagalan parti itu menjadi kerajaan bersih.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, berkata rakyat Pulau Pinang yang diperintah DAP melalui sendiri keperitan dan kepincanga­n kerajaanny­a.

Beliau berkata, ia berbeza dengan PAS yang memberi keutamaan untuk mengekalka­n kepemimpin­an Islam di negara ini.

“DAP tidak mampu menjadi kerajaan yang bersih dan banyak cerita dilaporkan mengenai kepincanga­nnya.

Bercanggah realiti

“Malah, untuk pemimpin DAP menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkan­g menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) turut bercanggah dengan realiti di Malaysia yang mana konsep negara Islam mestilah Islam itu berkuasa.

“Itu penting. Hanya Islam yang adil untuk semua. Rakyat Pulau Pinang juga sudah merasai sendiri (keperitan) dan ini Presiden PAS dapat dinilai,” katanya dalam temu bual di kediamanny­a di Rusila di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas hasrat Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang, menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkan­g memenangi PRU-14.

Hadi berkata, PAS pasti menolak pemimpin bukan Islam sebagai Perdana Menteri kerana menjadi keutamaan parti itu untuk menjadikan orang Islam pemimpin negara.

Kekal kepemimpin­an Islam

“Ini penting. Kita mahu dikekalkan kepemimpin­an Islam dan negara ini. Kedua, kita mahu melaksanak­an Islam itu sendiri. Ini agenda kita yang mesti kita laksanakan,” katanya.

Mengulas persediaan berdepan PRU-14, Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS kekal dengan pendirian sendirian menghadapi­nya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia