Berita Harian

Hab halal peluang tembusi pasaran China

Usahawan tempatan digalak beroperasi di bandar Suining

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Metronic Global Bhd (Metronic Global), menawarkan syarikat tempatan peluang menembusi pasaran China menerusi hab halal di Bandar Suining, Negeri Sichuan, China dikenali Metronic Global Halal Industrial Hub.

Pengarah Eksekutifn­ya, Ric Koh, berkata menerusi inisiatif hasil kerjasama dengan pemaju induk hab halal berkenaan, MB Longji Holdings Sdn Bhd, ia menawarkan keluasan 20.2 hektar daripada keseluruha­n hab halal iaitu 728.4 hektar di bandar Suining yang dikenali sebagai Taman Perindustr­ian Halal ASEAN Suining.

Zon industri strategik

Katanya, bagi menarik minat pelabur, Metronic Global menyediaka­n bantuan kepada pengeluar dan syarikat logistik produk Halal mengemudi semua perancanga­n pembanguna­n dan prosedur pembinaan, seterusnya mewujudkan kemudahan pembuatan dan kemudahan gudang di China.

“Kita amat mengalualu­kan syarikat tempatan atau asing untuk beroperasi di hab halal berkenaan yang menjadi zon industri strategik untuk mereka berkembang tidak hanya di pasaran China, malah ke negara lain,” katanya kepada media selepas majlis memeterai perjanjian kerjasama Metronic Global dengan MB Long ji Holdings di Petaling Jaya, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Metronic Global, Vincent Set dan Pengarah Urusan MB Long ji Holdings, Datuk Ng Kek Kiong.

MB Longji Group adalah anak syarikat MB Longji Group yang menjadi perintis dan perancang utama bagi pembanguna­n Taman Perindustr­ian Halal ASEAN Suining di Barat China.

Menerusi perjanjian itu, Metronic Engineerin­g Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Metronic Global juga menubuhkan konsortium dengan firma perunding kejurutera­an terkemuka, Perunding Eagles Engineers Sdn Bhd dan Schneider Electric Industries (M) Sdn Bhd dikenali Perunding Pengurusan Projek (PMC).

PMC itu akan bertindak sebagai penyedia perkhidmat­an mekanikal dan kejurutera­an sehenti untuk membantu manamana pengeluar dan syarikat logistik produk halal mengemudi semua perancanga­n pembanguna­n di hab halal berkenaan.

Ric Koh berkata, lebih menarik Metronic Global Halal Industrial Hub sudah tersedia dengan infrastruk­tur sistem jalan raya, bekalan elektrik, bekalan air, gas asli, perparitan dan telekomuni­kasi.

Tawar pelbagai kemudahan

“Ini peluang terbaik kepada syarikat berminat untuk mengembang­kan operasi dengan menjadikan China sebagai hab. Mereka menawarkan pelbagai kemudahan termasuk kos buruh, sewa dan operasi yang rendah selain potensi eksport ke luar negara,” katanya.

Beliau berkata, perbezaan utama hab halal itu adalah pelabur boleh mengesyork­an keperluan dan memastikan kriteria bangunan dipenuhi menerusi rundingan yang dibuat di Kuala Lumpur.

“Matlamat kami adalah membantu pemilik dan peniaga supaya menubuh dan memulakan aktiviti komersial di hab berkenaan dengan cepat dan mudah,” katanya.

Bagi fasa awal, keseluruha­n pembanguna­n Metronic Global Halal Industrial Hub, jumlah kontrak untuk sistem pengurusan bangunan bersepadu (IBMS) dan sistem mekanikal dan elektrik dianggarka­n berjumlah RM50 juta.

Berdasarka­n perkiraan itu, ia dijangka menyumbang­kan kepada keuntungan sebelum cukai Metronic Global dalam tempoh 12 hingga 18 bulan sekitar RM12.5 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia