Berita Harian

NADIBIZ

ARBA hasil sepakat 4 rakan

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Kerja sebagai pemandu pelancong yang pada mulanya dibuat secara suka-suka ketika sedang belajar di United Kingdom (UK) kini menjadi perniagaan utama anak muda berusia 28 tahun ini.

Pengasas bersama yang juga Pengarah Urusan ARBA Travel & Tours Sdn Bhd, Ammar Roslizar berkata tidak pernah terlintas langsung dalam fikirannya untuk terbabit secara langsung dengan industri pelanconga­n selepas tamat pengajian.

Katanya, kebanyakan rakan sepengajia­nnya yang lain bekerja dalam industri kewangan antara- nya, termasuk sebagai penganalis­is ekonomi di bank pelaburan.

Namun pelajar jurusan Sains Aktuari di UK itu berkata, melihat potensi besar dalam industri itu, beliau mengambil keputusan untuk terbabit secara serius dan sepenuh masa membangunk­an agensi pelanconga­nnya sendiri.

“Sewaktu pulang ke Malaysia pada 2012, saya lihat terdapat masalah di dalam industri pelanconga­n yang mana agensi pelanconga­n biasanya hanya mengambil dan menjual produk pelanconga­n dari luar negara ke Malaysia tanpa mengetahui mengenai produk itu secara terperinci.

“Sebaliknya 50 peratus kakitangan kami adalah bekas pelajar luar negara seperti saya sendiri selain di UK, pernah juga menyambung pengajian peringkat Sarjana di Australia. Malah, ada kakitangan kami adalah bekas pelajar di Perancis, Korea Selatan dan Jepun.

“Maka kami tahu banyak tempat menarik atau tempat yang murah untuk membeli-belah dan saya melihat ini sebagai satu potensi untuk mengembang­kan lagi syarikat ini,” katanya ketika ditemui BH, baru-baru ini.

Selain itu, katanya, beliau juga menyedari wujud banyak agensi yang gemar membawa pelanggan ke tempat yang mahal untuk membeli-belah kerana mahu mendapatka­n komisen.

Sedangkan, katanya, ramai pelanggan tidak menggemari­nya dan lebih memburukka­n keadaan, ada yang berasa tertipu sehingga aktiviti itu kini digelar sebagai ‘tourist trap’.

“Ini juga yang syarikat kami cuba tangani pada tahun depan dengan tidak akan menawarkan pengalaman ‘tourist trap’ kepada pelanggan dalam setiap pakej pelanconga­n kami,” katanya.

Selain beliau, ARBA Travel & Tours turut digerakkan secara bersama oleh tiga rakan niaga lain, iaitu Ammar Shahrin sebagai Pengarah Operasi; Pengarah Pemasaran, Amiruddin Hamidun dan Pengarah Teknologi, Wan Mohd Aizuddin Wan Mohamad.

Terima anugerah

Syarikat pelanconga­n itu juga baru-baru ini berjaya menerima anugerah Enterprise 50 (E50) daripada SME Corp di kedudukan ke-30.

Apa yang lebih membanggak­an kata Ammar, ARBA Travel & Tours menjadi syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) paling pantas, iaitu hanya selepas tiga tahun ditubuhkan yang berjaya mendapat anugerah itu.

Katanya, pihaknya menyasarka­n untuk tersenarai dalam kedudukan 10 teratas pada tahun depan.

“Selain anugerah ini, kami juga pernah dicalonkan sehingga ke peringkat separuh akhir dalam pencalonan EY Entreprene­ur of The Year, baru-baru ini,” katanya yang berhasrat untuk bertanding lagi dalam anugerah itu tahun depan.

Bermula daripada hanya tiga orang, syarikat itu kini pantas berkembang dan kini beroperasi dengan 28 kakitangan yang berusia di antara 24 hingga 31 tahun.

Sesuai dengan usia tenaga kerja yang muda, Ammar berkata beliau mahu membuat pembaharua­n dari segi amalan budaya kerja di syarikatny­a.

Antaranya ialah pekerjanya hanya perlu bekerja selama enam jam sehari, iaitu bermula dari jam 9.45 pagi sehingga 3.45 petang.

Alasannya ialah, beliau tidak mahu pekerjanya tertekan apabila perlu mengharung­i kesesakan trafik di awal pagi sewaktu mahu bergerak ke tempat kerja dan ketika pulang.

“Malah saya percaya produktivi­ti pekerja akan meningkat dengan cara ini apabila mampu meluangkan lebih banyak masa berkualiti dengan keluarga di rumah,” katanya.

Selain itu, dalam memastikan syarikat itu tidak ketinggala­n di dalam arus teknologi digital, Ammar berkata, pihaknya juga turut melabur di dalam teknologi digital apabila sudah memban- gunkan satu sistem kecerdasan buatan (AI) yang mampu membantu melancarka­n operasi syarikat.

Ambil tempahan pelanggan

Dikenali sebagai Lisa, sistem itu mampu menjalanka­n pelbagai tugas serentak seperti mengambil tempahan pelanggan, memasukkan data, tugas perkerania­n, pengurusan stok dan juga sebagai alat bantu pemasaran.

“Sistem ini dibangunka­n oleh rakan niaga kami, sendiri iaitu Wan Mohd Aizuddin yang mana ia mampu menjimatka­n kos operasi, masa dan tenaga syarikat. Malah, ia menjadikan kerja kami lebih cekap,” katanya.

Pembaharua­n lain yang cuba dibawanya ialah dengan memperkena­lkan sistem imbuhan rakan setara atau ‘peer to peer’ (PDP) bagi menggalakk­an budaya bersedekah dalam kalangan pekerjanya.

“Syarikat akan memberi RM100 kepada setiap pekerja sebulan yang akan digunakan untuk memberi imbuhan atau bersedekah kepada rakan kerja yang membantu mereka melakukan tugasan.

“Terpulang berapa banyak yang mahu diberi, RM5, RM10 atau RM50. Pemberian ini akan direkodkan dalam sistem kami dan akan dibayar pada setiap 10 haribulan,” katanya menambah wang RM100 itu perlu dihabiskan dalam tempoh sebulan.

 ??  ??
 ?? [ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH ] ?? Ammar (tengah) bersama Amiruddin (kiri) dan Ammar Shahrin menunjukka­n sijil dan anugerah yang diterima di pejabatnya.
[ FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH ] Ammar (tengah) bersama Amiruddin (kiri) dan Ammar Shahrin menunjukka­n sijil dan anugerah yang diterima di pejabatnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia