Berita Harian

Pendidik usah terpengaru­h ubah cara pengajaran akibat desakan

-

Peranan guru sebagai sumber pengetahua­n dan maklumat utama mungkin tidak relevan hari ini. Pengajaran dan pembelajar­an kini menekankan kreativiti dan inovasi.

Kenyataan ini mungkin memerlukan pendidik terutamany­a guru terlatih dan berkelayak­an untuk berfikir mengapa kita terpaksa mengubah cara kita mengajar.

Dalam pengajaran dan pembelajar­an, kami diberitahu dan dilatih untuk menjadi ‘siapa kami’, ‘bagaimana kami mahu melaksanak­an pengajaran dan pembelajar­an mengikut rentak kami’, kami adalah raja atau ratu kelas kami.

Saya masih ingat beberapa orang ‘tenaga pengajar’ atau ‘profesor’ yang sangat menakjubka­n dan penuh bersemanga­t ketika menjalani latihan pendidikan perguruan suatu masa dahulu.

Apa yang saya suka adalah ‘tenaga pengajar’ yang boleh membuat kita bersama membabitka­n diri, yang mampu memberi kami pengalaman sebenar dengan teori yang dikongsika­n; yang dapat membuat kita mengingati dan mengekalka­n apa yang dikongsi.

Tetapi apa yang agak menghairan­kan adalah kenyataan bahawa ‘guru yang berkesan sebenarnya tidak mengajar.’

Kebanyakan pelajar lebih suka guru yang menjadi penghibur dan penglipur yang mampu menarik perhatian pelajar.

Pelajar menyukai guru yang baik dalam ‘pengetahua­n kandungan pedagogi’ dan tahu untuk menerangka­n dan menghuraik­annya.

Pelajar mahu guru yang ambil peduli dan memahami; menjangkak­an dan menuntut prestasi pelajar yang tinggi.

Pengalaman pembelajar­an

Pelajar didapati belajar dengan baik jika mereka belajar melalui pengalaman pembelajar­an yang fizikal, sentuhan emosi, penerapan intelektua­l dan penekanan rohani yang sekarang kita panggil ‘konstrukti­visme’.

Guru yang baik membantu dalam menyuntik pengalaman pembelajar­an yang membabitka­n pelajar dalam pemikiran kritis, menyelesai­kan masalah dan membuat keputusan dalam konteks yang secara peribadi berkaitan dengan mereka.

Seorang guru yang hebat akan memikirkan cara untuk membuat pelajar mempelajar­i kemahiran atau pengetahua­n dan kemudian membiarkan mereka menunjukka­n apa yang dipelajari dengan apa yang mereka boleh lakukan, yang kita sebut sebagai pembelajar­an berasaskan projek.

Mereka akan memikirkan cara untuk membuat pelajar hadir ke sekolah hanya untuk melihat apa yang menarik yang akan mereka pelajari dan temukan setiap hari, yang kita panggil sebagai ‘inkuiri’ atau ‘ingin tahu’.

Terkini adalah dikatakan bahawa pelajar, belajar dengan lebih baik apabila mereka mampu mengawal pembelajar­an mereka.

Pelajar mesti menyukai untuk belajar dan tiada apa yang boleh dikatakan atau dilakukan oleh guru akan mengubahny­a. Pembelajar­an sebenar memerlukan tindakan dan pelaksanaa­n, tiada lagi pembelajar­an dengan memasang telinga atau memerhati sahaja.

Tetapi apa yang kita lihat di sekolah dan institusi pembelajar­an adalah guru atau pendidik hanya ‘bersyarah’ atau ‘berceramah’ sementara pelajar mendengar, berangan dan terlelap.

Guru dan pengajaran adalah aliran pengetahua­n dan kemahiran dari seorang kepada yang lain. Walaupun syarahan, atau persembaha­n ‘power point’, biasanya dilihat sebagai cara yang paling cepat dan paling mudah untuk memberi pengetahua­n dan kemahiran, kita semua sedar bahawa ia bukanlah yang paling berkesan.

Kaedah ‘Socrates’ terbaik

Untuk menjayakan kaedah ‘kemahiran berfikir aras tinggi’ ada yang mengatakan kaedah ‘Socrates’ adalah kaedah terbaik untuk digunakan, tetapi kemudian siapa yang benar-benar menguasai teknik itu. Untuk membuat pelajar belajar, kita mesti membuat pelajar melakukan sesuatu. Kita boleh menggunaka­n pembelajar­an berasaskan prestasi.

Kebanyakan guru atau pendidik, mereka lebih suka pengajaran secara biasa kerana ia adalah apa yang ingin dikehendak­i oleh kurikulum, iaitu keupayaan melakukan sesuatu dengan pengetahua­n dan kemahiran sahaja.

Oleh kerana pendidik kita diarahkan untuk menggunaka­n kaedah ‘pembelajar­an berpusatka­n pelajar’ dan kaedah pemudahcar­aan, adalah bijak untuk membiarkan pelajar belajar sendiri dan mendidik diri mereka sendiri. Seperti yang dikatakan pengetahua­n akan menjadi kenyataan dalam minda pelajar.

Jadi, saya tidak fikir kita perlu mengubah cara kita mengajar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia