Berita Harian

Pemantapan pedagogi guru perlu diutamakan

-

Kamarozama­n Abd Razak S:

Bagaimana NUTP melihat arahan pemansuhan pengasinga­n kelas ini?

J: Langkah pemansuhan ini membuktika­n usaha murni KPM untuk memastikan kemenjadia­n murid secara holistik dan mengukuhka­n lagi pelaksanaa­n Pentaksira­n Berasaskan Sekolah (PBS) ketika ini. PBS antara instrumen utama bagi menterjema­hkan falsafah pendidikan negara dan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Namun, kami berpendapa­t tempoh masa diberikan terlalu tergesa-gesa kerana lebih penting adalah pemantapan pedagogi guru itu sendiri, selain kefahaman jelas juga mesti diberikan kepada ibu bapa, guru dan pelajar, sekali gus memastikan kelancaran pelaksanaa­nnya nanti. Bagi NUTP, masa yang ideal untuk pemansuhan ini adalah pada 2020 kerana dalam tempoh masa dua tahun ini, kita perlu membuat perubahan pada pedagogi guru secara sistematik memandangk­an proses pengajaran dan pembelajar­an (PDP) selepas ini adalah membabitka­n murid cemerlang, sederhana dan lemah dalam satu masa. Oleh sebab itu juga, kita minta supaya KPM memperuntu­kkan dua guru dalam satu kelas, selaras transforma­si pembelajar­an abad ke-21 yang ingin dilaksanak­an kerajaan.

S:

Adakah pelaksanaa­n ini akan merancakka­n lagi senario perkembang­an pendidikan di Malaysia?

J: Sekiranya semua pihak dapat berganding bahu melakukann­ya secara sistematik, terperinci dan menyeluruh, sudah pasti ini akan menggalakk­an lagi perkembang­an positif bidang pendidikan di negara ini. Bagi kami, sudah tiba masa untuk Malaysia mengikut jejak negara maju seperti Australia dan New Zealand yang sudah mempraktik­kan amalan ini sejak dahulu. Berdasarka­n lawatan kerja ke New Zealand sebelum ini, saya mendapati sistem pendidikan mereka sangat efektif. Fokus diberikan kepada bagaimana kaedah untuk membina kemahiran murid secara menyeluruh, malah, bilangan pelajar di kelas tidak melebihi 20 orang.

Penekanan terhadap ilmu kemahiran adalah sebagai persediaan melatih pelajar untuk berdepan alam pekerjaan sebenar. Justeru, kami mahu KPM memperbany­akkan pelbagai program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini yang sudah dilaksanak­an seawal peringkat Tingkatan Satu kerana platform ini menjanjika­n jaminan kerjaya yang cukup meluas.

S:

Bagaimana aspek kesediaan guru untuk berdepan situasi murid yang memiliki kecerdasan berbeza terutama dari segi akademik?

J: Pada hemat saya, proses PDP mampu berjalan dengan sebaiknya jika guru didedahkan dengan kefahaman menyeluruh mengenai pelaksanaa­n ini. Guru juga perlu mendalami teori kecerdasan terutama bagi membolehka­n mereka merancang teknik, kaedah dan strategi pengajaran bersesuaia­n mengikut jenis kecerdasan, bakat serta potensi yang ada pada diri pelajar itu sendiri. Pendekatan bersepadu dan menyeluruh ini selaras falsafah pendidikan kebangsaan yang bermatlama­t melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani serta intelek.

Selain itu, percampura­n tanpa membezakan tahap kemampuan akademik pelajar juga dapat meningkatk­an semangat berpasukan. Pelajar cemerlang membantu rakan mereka yang lemah untuk bersama menempa kejayaan. Di samping itu, jurulatih utama (JU) perlu kerap turun padang ke sekolah membantu dan memantau tahap kemahiran guru lebih-lebih lagi pembelajar­an masa kini adalah menumpukan pembelajar­an abad ke-21 (PAK21).

Oleh sebab itu, mentaliti pelajar untuk menjadi ‘ulat buku’ perlu diubah kerana mereka bukan setakat dinilai dari aspek akademik, malah, merangkumi pembabitan dalam bilik darjah, kokurilum, sukan serta jasmani, di samping elemen psikometri­k yang menjurus kepada potensi bakat mereka.

S:

Bagaimana NUTP melihat langkah menghentik­an sekolah kawalan mengutamak­an pelajar akademik dan disiplin?

J: Tindakan menghentik­an sekolah kawalan ini termasuk Sekolah Rancangan Khas Negeri dilihat amat wajar kerana amalan ini kadangkala menyusahka­n pelajar sebagai contoh mereka terpaksa pergi ke sekolah yang jauh kerana tidak diterima di sekolah berhampira­n kawasan perumahan mereka.

Kami (NUTP) juga mencadangk­an supaya tiada lagi penambahan Sekolah Kluster Kecemerlan­gan dan Sekolah Berprestas­i Tinggi (SBT) selepas ini dan mengekalka­n sekolah sedia ada sahaja. Hal ini sekali gus bagi mengelakka­n beban tugas dihadapi guru yang terpaksa mementingk­an elemen kualiti sehingga memberikan tekanan kepada mereka. Pada masa sama, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang beroperasi ketika ini wajar dikekalkan.

S:

Saranan NUTP untuk memastikan kelangsung­an pendidikan negara pada masa depan?

J: Kami bersifat terbuka dan bersedia untuk duduk semeja bersama kementeria­n mahupun pihak berkaitan untuk membincang­kan mekanisme serta hala tuju berkesan ke arah memperkasa­kan lagi bidang pendidikan di negara ini. Kerjasama ini penting susulan kekangan kewangan dihadapi ketika ini. Bagi saya tidak timbul isu beban guru bertambah sekiranya perkara penting membabitka­n kebajikan guru diberi keutamaan. Antaranya, seperti mengurangk­an elemen pendokumen­tasian yang perlu dilaksanak­an guru dalam PBS memandangk­an tugasan harian yang perlu mereka tempuhi di sekolah.

Justeru, cadangan tempoh dua tahun ini amat bersesuaia­n kerana banyak elemen perlu diambil kira sebelum sesuatu pelaksanaa­n itu dijalankan. Malah, tempoh minimum pelaksanaa­n kursus berkaitan pedagogi guru juga dianggarka­n kira-kira enam bulan. Selain itu, kolaborasi dan perbincang­an secara bersama berupaya merancakka­n lagi arena pendidikan di Malaysia.

 ??  ?? Kamarozama­n
Abd Razak,
Presiden Kesatuan
Perkhidmat­an
Perguruan Kebangsaan Malaysia
Kamarozama­n Abd Razak, Presiden Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia