Berita Harian

Sel stem umpama ‘antibiotik’ mujarab

-

Kuala Lumpur: Kesedaran menyimpan sel stem darah dari tali pusat bayi baharu dilahirkan antara ilmu keibubapaa­n yang harus ada pada pasangan muda hari ini.

Ketua Pegawai Operasi Stemlife Berhad, Zahrein Redza, berkata cara paling efektif dan diperakui pakar seluruh dunia mendapati, sel stem darah berasal dari genetik sendiri boleh digunakan untuk membantu menyembuh penyakit.

Katanya, sel stem darah sendiri ini umpama ‘antibiotik’ paling efektif jika anak disahkan menghidap penyakit kronik.

“Antara penyakit yang boleh diubati dengan menggunaka­n sel stem darah ini antaranya seperti leukimia, talasemia, anemia dan barah darah.

“Kesihatan anak antara perkara utama yang perlu dititikber­atkan dari awal kerana ia boleh memberi kesan positif atau sebaliknya kepada kehidupan mereka.

Kesan positif rawatan

“Biarpun terdapat beberapa cara seperti pengambila­n ubat dan pembedahan, namun ia tidak menjamin kesihatan itu pulih sepenuhnya,” katanya mengulas mengenai kepentinga­n menyimpan sel setem darah daripada tali pusat bayi.

Zahrein berkata, dengan pengaruh faktor persekitar­an yang kurang sihat ketika hamil, tidak mustahil ia boleh mengundang penyakit berisiko tinggi kepada bayi atau ketika mereka membesar.

“Menerusi penggunaan sel stem darah sendiri ini, ia mampu menyelamat­kan nyawa anak anda dan boleh dianggap sebagai ‘ha- diah’ terbaik buat mereka seumur hidupnya,” katanya.

Penyimpana­n sel stem darah dari tali pusat adalah cara alternatif terbaik ketika ini untuk ibu bapa memberi perlindung­an bayi mereka.

Ia juga umpama ‘talian hayat’ yang dapat memberi jaminan bagi merawat penyakit kronik.

Ini memandangk­an sel stem darah ini mengandung­i pelbagai sel bernilai tinggi untuk digunakan bagi memperbaik­i atau menggantik­an sel yang rosak atau hilang fungsi.

Ketika ini, terdapat dua pilihan sama ada ingin menyimpan di Bank Darah Tali Pusat swasta untuk kegunaan sendiri dan ahli keluarga pada masa akan datang.

Zahrein berkata, setakat ini 15 kanak-kanak yang menyimpan sel stem darah tali pusat di Stemlife sudah menggunaka­nnya dan berjaya merawat penyakit mereka.

Sel stem tahan 20 tahun

Katanya, tiada tempoh masa luput sel stem darah itu kerana ia boleh bertahan lebih daripada 20 tahun dengan menggunaka­n teknologi terkini dan diperakui di seluruh dunia.

“Kesedaran mengenai penyimpana­n sel stem darah ini juga dilihat semakin baik dan ramai yang menyedari kepentinga­nnya.

“Hanya serendah RM1 sehari kos untuk menyimpann­ya di Stemlife berbanding harga secawan teh tarik.

“Justeru, dapatkan maklumat tepat, berbincang­lah dengan doktor anda sebaik mungkin dan buat keputusan demi masa depan anak-anak,” katanya.

Sel stem mampu menyelamat­kan nyawa anak anda dan boleh dianggap sebagai ‘hadiah’ terbaik buat mereka seumur hidupnya” Zahrein Redza, Ketua Pegawai Operasi Stemlife Berhad

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia