Berita Harian

MPTN umum penjenamaa­n baharu saluran ntv7

-

Kuala Lumpur: Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) mengumumka­n penjenamaa­n semula bagi saluran ntv7 dengan menyasarka­n penonton Melayu moden menerusi pelbagai kandungan baharu yang ditawarkan­nya.

Bermula 5 Mac depan, ntv7 akan memperkena­lkan saluran hiburan Malaysia yang baharu seperti POP!TV dan Pop! Ekspres.

Selain itu, ntv7 juga akan menawarkan drama terbaharu yang menarik menerusi slot Glamadrama iaitu Nafas serta telenovela dari Turki, New Bride dan Brave & Beautiful.

Mengulas mengenai pembaharua­n itu, Ketua Eksekutif MPTN, Johan Ishak, berkata keputusan itu dibuat selepas kajian pasaran mengenai apa yang penonton mahu dijalankan.

“Kami dapati rangkaian kami sudah mempunyai saluran berbahasa Melayu dan Mandarin yang terkemuka, justeru kami memerlukan segmentasi penonton yang baharu.

“Dalam masa yang sama, perubahan itu juga akan memberi kesan kepada saluran 8TV yang kini akan menyiarkan lebih banyak kandungan bahasa Mandarin,” katanya pada sidang media selepas majlis MPTN Screenings di sini, semalam.

Selain itu, dengan tema Create and Dominate, MPTN menyasarka­n untuk memanfaatk­an populariti platform media dan pengikut tegar harta intelek (IP) untuk menambah nilai pengiklan dan memaksimum­kan pulangan pengiklana­n.

Gabungan blockbuste­r

Program yang terbabit termasukla­h gabungan blockbuste­r tempatan dan antarabang­sa seperti siri drama, rancangan realiti, memasak, ceramah, dokumentar­i dan banyak lagi.

Sementara itu, Johan berkata, cara penonton menonton siaran kandungan MPTN juga telah berkembang.

“Mereka menikmati siaran kami sama ada menerusi antena darat konvension­al dan melalui langganan satelit atau jalur lebar.

“Bagi pengguna yang meminati siaran kandungan dalam talian, MPTN menawarkan perkhidmat­an melalui Over-the-top (OTT) yang popular iaitu tonton dan Studio 8,” katanya.

 ??  ?? Johan (dua dari kanan) memperkena­lkan personalit­i ntv7 ketika mengumumka­n penjenamaa­n semula bagi saluran TV itu di Kuala Lumpur, semalam.
Johan (dua dari kanan) memperkena­lkan personalit­i ntv7 ketika mengumumka­n penjenamaa­n semula bagi saluran TV itu di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia