Berita Harian

‘Syarikat setahun jagung, kewangan tak kukuh’

-

Kuala Lumpur: Kerajaan Pulau Pinang didakwa menganuger­ahkan kontrak projek terowong dasar laut bernilai RM6.34 bilion kepada syarikat ‘setahun jagung’ yang tidak mempunyai aspek kewangan yang kukuh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata gambaran salah diberikan kepada masyarakat apabila syarikat tujuan khas (SPV) Terowong Pulau Pinang tidak mempunyai modal berbayar RM4.5 bilion kerana China Railway Contructio­n Corporatio­n Internatio­nal (CRCC) dan Beijing Urban Constructi­on Group (BUCG) tidak pernah atau bukan lagi sebahagian daripada pemegang saham.

Sehubungan itu, katanya, timbul tanda tanya mengenai langkah Kerajaan Pulau Pinang memberi projek berskala mega, bernilai RM6.34 bilion kepada syarikat yang hanya berusia 82 hari, selain mempunyai modal berbayar RM300,000 ketika permohonan cadangan (RFP) pertama diluluskan pada 14 November 2011.

“Tidak masuk akal jika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menyatakan projek terowong dasar laut ini menjadi perbualan hangat kerana isu salah faham membabitka­n pemegang saham SPV, sekali gus menepis kemungkina­n siasatan lanjut bagi mengesan sebarang elemen rasuah.

“Salah faham ini tidak bermaksud laporan kajian kebolehlak­sanaan dengan kos RM305 juta bukan nilai melampau atau tiada front-loading (bayaran pendahulua­n) berlebihan, selain menimbulka­n tanda tanya mengenai projek yang belum memulakan kerja dalam tempoh lima tahun.

“Keraguan berhubung prajualan tanah kerajaan negeri bernilai RM2.83 bilion dan pelancaran pembinaan unit hartanah dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM15 bilion, di mana kedua-duanya disaksikan CM (Guan Eng) sehingga kini turut menjadi persoalan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Ekuiti negatif RM6 juta

Menerusi semakan lanjut, Ka Siong berkata, SPV Terowong Pulau Pinang dan pemegang saham utamanya direkodkan mempunyai ekuiti keseluruha­n negatif RM6 juta setakat 31 Ogos 2013, iaitu lima bulan sleepas projek mega itu dianugerah­kan Kerajaan Pulau Pinang.

Ketika itu, katanya, juruaudit kedua-dua pihak menyatakan kebimbanga­n mengenai kemampuan syarikat menggalas pelaksanaa­n projek berkenaan susulan mempunyai kedudukan kewangan yang lemah.

“Jika CRCC dan BUCG sekarang bukan atau tidak pernah menjadi pemegang saham, patutkah Kerajaan Pulau Pinang menganuger­ahkan projek RM6.34 bilion kepada syarikat dengan kedudukan kewangan yang lemah dan tiada rekod pencapaian?

“Persoalann­ya, bagaimana mereka berupaya memenuhi keperluan minimum modal berbayar RM381 juta untuk memenangi pembidaan projek ini?” katanya.

Susulan itu, Ka Siong menasihatk­an Guan Eng untuk tidak mengalih tumpuan dengan cuba menyogok perkataan dalam mulutnya, selain memberi kesimpulan awal berhubung siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang setakat ini menahan dan mereman empat eksekutif kanan berhubung isu terowong dasar laut Pulau Pinang.

Beliau berkata, sebaliknya Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu perlu merungkai semua persoalan dan mendedahka­n dokumen RFP berkaitan, selain mengemukak­an minit beberapa mesyuarat.

 ??  ?? Wee Ka Siong
Wee Ka Siong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia