Berita Harian

Sambal ikan masin Abang Strawberry

Sajian enak dinikmati dalam suasana tenang di Cameron Highlands

-

Uzubir_yunus@bh.com.my

nik, asli dan lazat! Tiga perkataan cukup menggambar­kan keenakan nasi lemak sambal strawberi ayam berempah dan kepingan kambing lamb chop jem strawberi yang penulis nikmati di The 200 Seeds Cafe by Abang Strawberry, Cameron Highlands, Pahang.

Kafe yang dibangunka­n dalam sebuah ladang strawberi, keunikan dua menu itu apabila bahan asasnya seperti sambal nasi lemak diperbuat daripada campuran strawberi, manakala sos atau jem digunakan, juga diadun daripada campuran buah berkenaan.

Kelebihan kafe berkenaan yang membezakan­nya berbanding kebanyakan premis makanan lain apabila semua menu dihidangka­n mesti berasaskan strawberi atau campuranny­a, termasuk sambal nasi lemak yang dinikmati bersama ikan masin talang.

Sajian unik sesuai untuk semua

Menu ini dikatakan yang pertama diperkenal­kan di Malaysia. Sambal strawberi ikan masin adalah resipi istimewa sambal tumis tanah tinggi. Gabungan pedas, masin dan masam manis strawberi menghasilk­an keunikan rasa luar biasa sambal strawberi. Menjadi pencetus selera dan enak dinikmati bersama nasi dan bubur panas.

Ketua Pegawai Operasinya, M Munzir Lokman, berkata Cameron Highlands terkenal sebagai destinasi popular agropelanc­ongan, justeru pihaknya menggabung­kan konsep ladang dan kafe bertujuan memberi lebih pilihan.

Beliau berkata, pengunjung yang bertandang ke tanah tinggi berpeluang menikmati makanan atau produk berasaskan strawberi dalam persekita ran nyaman dan terbuka.

Tetamu juga katanya, diberi peluang memetik sendiri strawberi segar terus dari ladang, sekali gus menjamu selera di situ.

Sambal strawberi pikat pengunjung

“Menu istimewa kami yang pernah tular sebelum ini ialah nasi lemak sambal strawberi ayam berempah dan wajib cuba apabila anda bercuti ke Cameron Highlands. Sambal kami berasaskan strawberi dengan campuran ikan masin talang.

“Bahan mentah utama seperti strawberi diperoleh dari ladang kami sendiri yang boleh dikunjungi orang ramai sambil memetik strawberi segar. Dalam sehari kami memerlukan kirakira 15 kilogram strawberi segar untuk dijadikan makanan dan minuman. Strawberi tidak bermusim dan berbuah sepanjang tahun.

“Selain menu utama, jem strawberi keluaran ladang kami adalah pilihan utama bagi mereka yang gemar bersarapan dengan roti. Sajian ini lazat apabila dinikmati bersama skon panas disapu mentega. Justeru, konsep yang diperkenal­kan iaitu kafe dalam ladang strawberi ternyata memenuhi selera pengunjung,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Lamb chop jem strawberi.
Lamb chop jem strawberi.
 ??  ?? Pelancong ramai pada hujung minggu.
Pelancong ramai pada hujung minggu.
 ??  ?? Antara produk strawberi yang dijual.
Antara produk strawberi yang dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia