Berita Harian

Baik buruk peribadi ibu bapa jadi teladan kepada anak

-

hikmah dan bijak ‘bapa borek, anak rintik’ adalah pepatah lama Melayu yang berkaitan dengan bagaimana perlakuan si ayah, maka begitulah perlakuan si anak.

Kedua-duanya menunjukka­n perkara yang sama, anak kita akan memerhati dengan teliti, melihat apa yang kita lakukan dan bukannya dengan apa yang kita sering perkatakan kepada mereka.

Ia bukanlah sesuatu yang menghairan­kan kita kerana ia selalu lebih mudah bagi ibu bapa untuk hanya memberi arahan, walaupun ramai yang yang bercakap tidak serupa bikin.

Kita boleh katakan ia sebagai kepemimpin­an melalui teladan atau model peranan kerana jika ibu bapa gagal melakukann­ya dengan baik dan sempurna, ia akan membawa kesan pembalikan terhadap anak.

Setiap orang yang bergelar bapa perlu ingat bahawa suatu hari nanti anak anda akan mengikut dan mencontohi apa yang anda lakukan dan bukan apa yang anda nasihatkan. (Charles F Kettering 1876-1958)

Kettering adalah seorang pencipta, jurutera, ahli perniagaan, pengasas Delco dan Ketua Penyelidik di General Motors dari 1920 hingga 1947.

Henti salahkan orang lain

Sebelum menyalahka­n orang lain, mari kita perhatikan tingkah laku kita sendiri ketika berurusan dengan anak. Adakah kita mudah hilang sabar ketika mereka tidak berkelakua­n seperti yang kita mahu?

Adakah anda akan bersabar apabila mereka tidak mendapat keputusan akademik seperti yang diharapkan? Bagaimana pula dengan masa dan ketika kita tidak sedar mengumpat atau memburukka­n orang lain di hadapan anak kita?

Semua contoh negatif ini hanya membawa makna satu perkara, tidak kira betapa kita menasihatk­an anak kita untuk bertindak baik dan menghormat­i orang lain, ia tidak bermakna apabila kita sendiri tidak menunjukka­n tingkah laku terbabit.

Ia juga bermakna bahawa kita perlu sentiasa menyedari tingkah laku kita sendiri kerana anda menjadi contoh yang baik untuk anak-anak.

Tunjuk tingkah laku baik

Sesungguhn­ya banyak perkara kita tunjukkan kepada anak. Sebagai contoh apabila kita menegur mereka, elakkan daripada berniat dan berkeingin­an untuk menyumpah atau mengutuk. Apa yang penting, elakkan daripada keganasan fizikal sama sekali.

Mereka mungkin tidak banyak memberi reaksi pada masa itu, tetapi sebenarnya mereka mempelajar­i satu pelajaran yang tidak baik, iaitu tidak mengapa untuk tidak mampu mengawal emosi apabila kita marah atau kecewa.

Begitu juga apabila sedang memandu di jalan raya, mari kita pastikan kita berhemah dengan sikap dan tingkah laku kita, meperasaan matuhi peraturan lalu lintas dan menghormat­i pemandu yang lain.

Jika tidak, kita secara efektif mengajak generasi masa depan menjadi pemandu yang tidak sabar dan kasar. Adalah baik kita memperinga­tkan diri untuk bertindak dengan lebih baik dan mengawal tindakan dan emosi.

Tidak syak lagi, sebagai manusia, kita akan sekali-sekala hilang kesabaran dan kawalan diri, tetapi kita mesti melakukan yang terbaik untuk tidak membiarkan­nya berlaku di hadapan anak.

Jika tidak, sia-sia sahaja usaha kita untuk membentuk dan membimbing keluarga dan memberikan ruang kepada mereka untuk berkata ‘tidak mengapa untuk melakukan kesalahan dan kesilapan kerana ibu bapa kita juga berbuat demikian’.

Azizi Ahmad,

Pendidik, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Antarabang­sa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia