Berita Harian

CRCC bukan pemegang saham

Syarikat tak pernah terbabit secara langsung projek kerajaan Pulau Pinang

- Oleh Audrey Dermawan

Perbadanan Pembinaan Keretapi China (CRCC) mengesahka­n pihaknya tidak pernah menjadi pemegang saham bagi syarikat tujuan khas (SPV) bagi projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Syarikat itu juga mengesahka­n tidak pernah memegang sebarang saham dalam syarikat induk SPV itu, Zenith Constructi­on Sdn Bhd, tidak pernah terbabit secara langsung dengan kerajaan negeri Pulau Pinang bagi projek terowong berkenaan, termasuk pembinaan tiga jalan utama di negeri itu.

Kenyataan mengesahka­n perkara itu disampaika­n kepada Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi pegawai kanan CRCC ketika lawatannya ke China sempena Persidanga­n Menteri Penerbanga­n Pertama Asia Pasifik Pertama dan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya di Beijing.

Liow, berkata pegawai kanan CRCC menekankan beberapa perkara kepadanya selepas mereka dimaklumka­n dalam taklimat mengenai kontrovers­i terowong Pulau Pinang dan tiga projek jalan utama.

Pengakuan komitmen

“CRCC tidak memberi kelulusan atau tidak tahu kenapa kerajaan Pulau Pinang menganggap syarikat ini pemegang saham bagi projek SPV ini.

“Syarikat itu berkata, mereka hanya menandatan­gani ‘pengakuan komitmen’ sebagai lampiran kepada permulaan perjanjian projek itu bahawa mereka akan melaksanak­an projek itu dengan terbaik sekiranya diberi mana-mana bahagian projek oleh SPV,” katanya.

Liow juga berkata, beliau diberitahu bahawa, CRCC ada kontrak awal dengan SPV sebagai kontraktor EPC (kejurutera­an, perolehan dan pembinaan) dan diberi kontrak oleh SPV untuk membuat laporan reka bentuk terperinci dengan kos keseluruha­n AS$22 juta bagi ketiga-ketiga jalan raya dan terowong dasar laut.

“CRCC juga memberi jaminan keunikan terowong Pulau Pinang dan tiga projek jalan tidak boleh digunakan untuk mengukur prestasi mereka. CRCC juga komited terhadap apa juga projek semasa atau masa depan mengikut jadual dan anggaran dipersetuj­ui,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong, meminta kerajaan Pulau Pinang mengemukak­an bukti bagi menyokong kenyataan terdahulu bahawa CRCC adalah pemegang saham dalam SPV.

Dalam Buletin edisi keluaran 4 Mac 2013 memaparkan, CRCC dan Zenith Constructi­on bersama-sama memiliki 70 peratus saham dalam projek itu.

Pemegang saham lain adalah Beijing Urban Constructi­on Group, Juteras Sdn Bhd dan Sri Tinggi Sdn Bhd, masing-masing berkongsi sepuluh peratus.

Bagi menjawab persoalan dibangkitk­an Timbalan Presiden MCA, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memuat naik video di laman Facebookny­a baru-baru ini, bagi menjawab persoalan mengenai pelabur projek berkenaan.

Kontrovers­i projek itu juga turut mendapat desakan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang meminta kerajaan negeri membersihk­an percanggah­an dalam kos kajian kebolehsan­aan dan reka bentuk terperinci (FSDD) untuk projek terowong dasar laut.

Sebelum ini juga, CRCC mengumumka­n pihaknya menandatan­gani kontrak FSDD bernilai AS$22 juta (lebih kurang RM69.3 juta) untuk projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Nilai keseluruha­n FSDD

Bagaimanap­un, Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC) bertarikh 19 Oktober 2015 dan jawapan kerajaan negeri kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 19 Mei tahun lalu, meletakkan nilai keseluruha­n FSDD pada RM305 juta, berbeza RM236 juta.

Menjelaska­n perkara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Negeri, Chow Kon Yeow, menegaskan CRCC bukan satu-satunya perunding yang terbabit dengan kerja-kerja FSDD untuk projek tersebut.

Kon Yeow berkata, CRCC antara 34 perunding dilantik Konsortium Zenith Constructi­on Sdn Bhd dengan kos RM305 juta untuk melaksanak­an kajian terowong dasar laut dan tiga projek jalan di negeri berkenaan.

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Liow pada sidang media sempena Persidanga­n Menteri Penerbanga­n Pertama Asia Pasifik Pertama dan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat di Beijing, semalam.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Liow pada sidang media sempena Persidanga­n Menteri Penerbanga­n Pertama Asia Pasifik Pertama dan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat di Beijing, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia