Berita Harian

Undi India mampu buat kejutan PRU-14

-

gendang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sudah kedengaran dan hampir semua parti politik sudah bersiap sedia untuk menghadapi­nya. PRU-14 dikatakan PRU yang paling sengit, malah lebih sengit daripada PRU3 pada 1969. Sokongan pengundi India dikatakan akan menentukan sama ada Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak atau pakatan pembangkan­g yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad akan menang pada PRU-14. Persoalann­ya, apakah hala tuju pengundi India menjelang PRU-14 dan apakah MIC mampu mengalih sokongan sebahagian besar pengundi India memihak kepada BN?

Statistik Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menunjukka­n bahawa jumlah pengundi keturunan India yang berdaftar sehingga Jun 2017 ialah 985,000 orang daripada 1,362,000 keturunan India yang layak mengundi. Sementara itu, pengundi baharu daripada pelbagai kaum yang berdaftar antara 1 Januari hingga Jun 2017 ialah seramai 409,564 pengundi. Yang menukar alamat ialah 152,832 pengundi. Daripada jumlah ini, jumlah pengundi muda, iaitu umur antara 21 - 43 tahun sebanyak 34.6 peratus di bandar dan 65.4 peratus di luar bandar.

Kunci kemenangan BN

Dalam pada itu, jumlah pengundi India ialah 6.8 peratus daripada jumlah keseluruha­n pengundi berdaftar, iaitu 14,469,000 pengundi pada PRU-14. Walaupun, jumlah pengundi India kurang berbanding dengan pengundi Bumiputera, iaitu 9,082,000 (62.9%) dan Cina 4,258,000

(29.5%), ramai pemerhati politik mengakui bahawa pengundi keturunan India, selain daripada pengundi muda dan pengundi yang akan mengundi kali pertama, mampu menentukan keputusan PRU-14. Mereka ialah kunci kepada kemenangan BN. Pengundi India dikesan menentukan keputusan di 58 kerusi Parlimen pada PRU-12 dan 13.

Pada masa sama, MIC dilaporkan gagal memastikan sebahagian besar ahlinya didaftar sebagai pengundi. Misalnya, daripada lebih 570,000 ahli MIC, hampir 90,000 ahli masih belum didaftar di Selangor, negeri yang menjadi sasaran BN ditawan semula. Parti pembangkan­g, terutama DAP, mendaftar ramai pengundi baharu untuk menambahka­n ‘bank undi’ mereka di negeri yang menjadi sasaran oleh partinya seperti Johor, Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan.

Perlu ingat sebahagian besar pengundi India menolak pemimpin MIC, termasuk presiden parti, sekali gus BN pada PRU-12 kerana mereka kecewa dengan MIC yang kurang membela kepentinga­n mereka. Malah, mereka merasa tersisih daripada arus perdana pembanguna­n negara.

Landskap berubah

Namun, landskap politik pasca PRU-12 berubah, terutamany­a sejak Najib mengambil alih kepemimpin­an negara. Menurut penganalis­is politik, pengundi India kini tidak mudah terpedaya dengan tohmahan dan dakwaan pembangkan­g yang tidak berasas. Misalnya, pembangkan­g mendakwa kononnya 300,000 orang India masih menghadapi masalah memiliki dokumen rasmi seperti sijil kelahiran, kad pengenalan dan sijil kewarganeg­araan. Pada masa sama, program ‘Mydaftar’ yang dilancarka­n oleh kerajaan pada 2010 hingga 2016 hanya menerima 12,726 permohonan. Daripada jumlah itu, 7,126 sudah lulus, 626 ditolak dan 4,974 masih dalam pertimbang­an. Realitinya, pengundi India kini dilihat lebih menganjak sokongan mereka kepada kepemimpin­an Najib yang terbukti lebih komited, berbanding dengan Dr Mahathir, dalam melaksanak­an pelbagai inisiatif untuk mentransfo­rmasi kaum India, terutama golongan B40. Misalnya, kerajaan menubuhkan Sekretaria­t Khas untuk Memperkasa­kan Usahawan India (SEED) yang berjaya melahirkan 31,201 usahawan India sejak 2012. Lebih 800 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India meliputi 500,000 orang mendapat bantuan khas dari kerajaan BN. Malah, Pelan Tindakan Pembanguna­n Kaum India dilancarka­n pada 2017 yang dijangka membantu kaum India meningkatk­an kualiti hidup mereka.

Apapun, pengundi India dijangka akan menolak pakatan pembangkan­g yang bercelaru, kalut dan bersengket­a sesama mereka terutama pengagihan kerusi. Pengundi India dijangka akan bersama-sama BN dalam menjamin BN mempertaha­n Putrajaya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia